Siakap Keli
presiden fifa sedih insiden rusuhan
Gambar: AFP

Presiden FIFA Sedih Insiden Di Stadium Bola Sepak Di Indonesia

JAKARTA, 2 Okt (Bernama) — Presiden FIFA Gianni Infantino menyuarakan rasa sedihnya dengan tragedi yang berlaku di Stadium Kanjuruhan, di Malang, Jawa Timur, yang meragut 125 nyawa.

Infantino turut mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan mangsa yang terkorban dalam insiden tragis itu.

“Hari ini…hari suram buat semua yang terlibat dalam arena bola sepak dan satu tragedi yang tidak dapat dibayangkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata dunia bola sepak terkejut dengan insiden tragis yang berlaku selepas perlawanan antara Arema FC dan Persebaya Surabaya.

“FIFA dan komuniti bola sepak global, ingatan dan doa kami untuk mangsa dan mereka yang cedera, kami turut bersama rakyat Republik Indonesia, Konfederasi Bola Sepak Asia, Persatuan Bola Sepak Indonesia, dan Bola Sepak Indonesia. Liga, pada masa sukar ini,” katanya.

Sementara itu, polis Indonesia dalam satu kenyataan memaklumkan semakan semula yang dilakukan pihak berkuasa mendapati jumlah sebenar korban ialah 125 orang, bukan 129 seperti dilaporkan sebelum ini.

Menurut polis perbezaan jumlah mangsa yang dilaporkan sebelum ini disebabkan kesilapan dalam rekod kematian di 10 hospital yang mengendalikan mangsa.

Sumber: Bernama

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana