Siakap Keli
Gambar: Bernama

Bertahun Menganggur Akhirnya Dapat Kerja Di Syarikat Besar Lepas Guna ‘Pelaris’

Hakikat cari kerja zaman sekarang, sememangnya sangat mencabar. Mana tidaknya, cari kerja sekarang ibarat ‘menjual’ atau marketing diri sendiri. Hanya mereka yang mempunyai ilmu dan kemahiran akan diterima bakal majikan.

Hasilnya, ramai anak muda lepasan Institut Pengajian Tinggi (IPT) sendiri terpaksa menganggur gara-gara persaingan yang sengit untuk memperoleh pekerjaan. Ada yang menganggur bertahun-tahun, hantar berpuluh hatta ratus resume tapi belum dapat rezeki. Ada pula yang terpaksa bekerja dalam bidang yang berbeza dengan kursus dipelajari di universiti. Berbeza dengan zaman dahulu, anak muda pada masa kini perlu lebih bijak mempersiapkan diri sendiri dengan pelbagai kemahiran sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Dugaan dalam mencari kerja ini turut dihadapi seorang wanita muda bernama Syamira. Berpuluh resume dihantar ke pelbagai syarikat, tapi tiada satu panggilan temuduga pun ‘mengetuk’ peti masuk emelnya.

Tidak berputus asa, Syamira terus membuat carian demi carian dan akhirnya menemui satu jalan penyelesaian – mencari ‘pelaris’ untuk mendapatkan pekerjaan.

“Betul la orang kata. Zaman sekarang ni, nak cari kerja memang susah. Lagi-lagi orang muda macam aku ni. Sebelum ini, ingatkan bila dah habis belajar bolehla dapat kerja gaji sedap sikit. Tapi rupanya tak. Dah dekat setahun aku menganggur, satu kerja pun aku tak dapat. Entah apa silapnya. Rasanya, background study aku pun ok je. Sampai terdetik dekat hati, apalah nasib graduan ijazah Sarjana Muda macam aku ni. Hampir 50 jenis syarikat yang aku apply kerja, kesemuanya aku tak dapat. Kena guna ‘pelaris’ ke? 

Rupanya, pelaris yang dimaksudkan adalah kemahiran-kemahiran profesional serta soft skill untuk bersaing di pasaran kerjaya.

Hasil carian, Syamira mendapat tahu tentang e-Latih, kursus percuma untuk meningkatkan pelbagai kemahiran yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan.

Tanpa membuang masa, Syamira memanfaatkan peluang tersebut untuk tingkatkan nilai diri supaya ‘laris’ di pasaran kerjaya.

Hidup aku berubah lepas dapat tahu aku tentang program e-LATiH lepas baca satu artikel tips apply kerja. Kalau korang nak tahu, program ni percuma, 100% dibiaya kerajaan untuk galakkan orang ramai terus belajar.

Banyak kursus korang boleh pilih & dalam masa sama cantikkan resume dengan skill baru.

Sebabkan aku lepasan jurusan media, aku ambil kursus Copywriting, Bahasa Mandarin dan Social Media Marketing. Alhamdulillah, berkat kursus-kursus tersebut, resume aku pun makin cantik & aku berjaya peroleh beberapa tawaran bekerja. 

Jadi korang yang masih menganggur, try lah join program e-LATiH ni. Memang susah nak dapatkan kerja sekarang ni kalau tak pakai ‘pelaris’. Ha jangan salah faham pulak. Pelaris ni sebenarnya kemahiran-kemahiran korang yang calon lain tak ada. Barulah korang laris di pasaran kerjaya.

Program e-LATiH bantu ‘laris’ dalam alam kerjaya

Cari kerja zaman sekarang ni ibarat marketing diri sendiri agar diambil majikan. Ada yang hadiri kursus profesional untuk cantikkan CV, tapi ia perlukan kos yang tinggi.

Dengan adanya e-LATiH, anda boleh mengakses dan pilih lebih daripada 1000 kursus pembangunan peribadi dan profesional berkaliber antarabangsa secara percuma. Ini terdiri daripada kepimpinan, pemasaran, kewangan, teknologi digital dan banyak lagi.

Program dibangunkan oleh Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) ini adalah bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia mengembangkan kemahiran dan pengetahuan supaya laris di pasaran kerjaya. Orang ramai juga boleh mengasah kemahiran sedia ada supaya lebih berdaya saing untuk mendapat peluang kenaikan pangkat.

Jadi apa tunggu lagi, jom rebut peluang ‘lariskan’ diri dan tawan hati bakal majikan anda di sini.

Adib Mohd