Siakap Keli
Ejen Kosmetik Diculik Berjaya Diselamatkan
Gambar: Bernama

Polis Terima Laporan Aktiviti Penyamaran Sebagai Pegawai Tinggi KDN

Polis terima laporan aktiviti penyamaran sebagai Pegawai Tinggi KDN

PUTRAJAYA, 4 Okt (Bernama) — Polis menerima laporan berhubung aktiviti menyamar di media sosial  yang dilakukan oleh seorang wanita mendakwa dirinya dilantik sebagai pegawai tinggi di Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Wanita itu disyaki melakukan penyamaran dengan mendakwa dirinya telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Kewangan KDN menerusi satu rakaman video berdurasi satu minit 40 saat yang dimuat naik di media sosial.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata satu laporan berhubung video dan aktiviti penyamaran itu telah dibuat oleh Setiausaha Bahagian KDN di Balai Polis Presint 11 di sini hari ini.

“Pengadu memaklumkan KDN tidak pernah melantik mana-mana individu secara langsung sebagai Pengarah Bahagian Kewangan KDN dan jawatan tersebut sememangnya tidak pernah wujud,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka