Siakap Keli
Gambar: BBC News/Working With Crowds/AFP via Wion

Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Bagi peminat bola sepak, menonton perlawanan di stadium merupakan satu pengalaman yang menakjubkan dengan turut dibanjiri oleh puluhan ribu orang.

Tambahan pula, bahang perlawanan melonjakkan lagi keghairahan penyokong yang hadir. Sudah semestinya aspek keselamatan menjadi watak utama dalam situasi ini kerana tidak mudah untuk mengawal puluhan ribu penyokong.

Lebih-lebih lagi jika perlawanan itu membabitkan pasukan tumpuan dan perlawanan akhir kerana ia boleh mencetuskan emosi penyokong hingga boleh menyebabkan keadaan berada di luar kawalan.

Sejak dahulu, pelbagai tragedi seperti rusuhan dan runtuhan yang berlaku di sesebuah stadium.

Terbaru kita dikejutkan dengan insiden rusuhan yang berlaku di Stadium Kanjuruhan di Indonesia yang mengorbankan lebih 120 orang. Kejadian itu tercetus apabila penyokong  bertindak memasuki tengah padang hingga menimbulkan suasana yang huru-hara.

Susulan tragedi itu, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mengambil tindakan tegas menggantung liga utama di negara berkenaan selama seminggu.

Sebelum ini, sejarah turut mencatatkan beberapa siri rusuhan yang teruk pernah berlaku dalam kancah sukan paling popular di muka bumi itu. Untuk mengetahuinya, mari ikuti perkongsian di bawah ini.

Tragedi terburuk yang pernah direkodkan berlaku di stadium

 24 Mei 1964, Peru

Gambar: Peruvian Institute of Sport via BBC

Rusuhan di Peru merupakan yang paling teruk pernah berlaku dalam sejarah dunia apabila mencatatkan 320 orang terbunuh dan lebih 1,000 cedera pada Kejohanan Kelayakan Olimpik Amerika di Stadium Nasional Lima dalam perlawanan membabitkan Peru menentang Argentina.

Lebih 53,000 tempat duduk di stadium berkenaan pada ketika itu hampir penuh dengan kehadiran penyokong.

Difahamkan, insiden itu tercetus apabila pengadil tidak membenarkan gol penyamaan Peru sewaktu Argentina sedang mendahului perlawanan dengan skor 1-0.

Perkara itu mencetuskan kemarahan penyokong yang kemudiannya memanjat benteng dan mula memasuki padang. Pihak polis kemudian dipercayai melepaskan gas pemedih mata ke arah semua penyokong tersebut.

Kebanyakan dari mangsa yang panik cuba untuk melarikan diri tetapi mendapati bahawa pintu untuk keluar telah ditutup. Sebahagian yang meninggal dunia juga adalah berpunca akibat sesak nafas atau dipijak.

20 Oktober 1982, Rusia

7 Tragedi Terburuk
Gambar: Working With Crowds

Kejadian ini berlaku di Stadium Luzhniki Stadium antara kelab Belanda, Haarlem dan pasukan tuan rumah, Spartak Moscow pada hujung minit permainan dalam perlawanan Piala UEFA.

Pada awalnya, pihak Soviet merahsiakan butiran mengenai tragedi tersebut selama tujuh tahun sebelum mendedahkan kepada awam pada tahun 1989 bahawa seramai 66 orang terbunuh.

Bagaimanapun, menurut akhbar harian Sovietski Sport mendakwa bahawa jumlah sebenar jauh lebih tinggi hingga dianggarkan 340 terkorban.

Misteri mengenai jumlah kematian sebenar masih menjadi persoalan hingga kini.

9 Mei 2001, Ghana

Seramai 126 orang dilaporkan terbunuh selepas rusuhan yang berlaku sewaktu perlawanan antara Heart of Oak dan Kumasi.

Dalam perlawanan penyokong pasukan Kumasi berang selepas pasukan mereka tewas dan membaling botol dan menghancurkan kerusi sebelum dilontarkan ke padang.

Perkara itu membuatkan pihak polus terpaksa menggunakan gas pemedih mata kepada orang awam bagi meredakan keadaan.

15 April 1989, England

7 Tragedi Terburuk
Gambar: AFP via Wion

Insiden yang berlaku di Stadium Hillsborough Shefield ini merupakan kejadian malang yang terburuk pernah berlaku dalam sepanjang sejarah bola sepak Inggeris.

Tragedi ini berlaku sewaktu  sebelum sepak mula perlawanan separuh akhir Piala FA yang melibatkan pertembungan antara Liverpool dan Nottinghem Forest.

Difahamkan, seramai 96 kematian dan 766 orang cedera dilaporkan berlaku akibat tempat duduk stadium yang tidak dapat menampung kapasiti penyokong yang ramai dan tiba-tiba roboh.

11 Mei 1985, England

7 Tragedi Terburuk
Gambar: BBC News

Terdahulu sebuah tragedi berdarah berlaku di Stadium Valley Parade di Bradtford City di West Yorkshire melibatkan antara perlawanan Bratford menentang Lincoln City.

Bagaimanapun, sewaktu babak pertama perlawanan dilangsungkan, satu kebakaran tercetus akibat atap stadium lama berkenaan yang diperbuat daripada kayu.

Dalam insiden kebakaran di Stadium itu, seramai 56 orang terbunuh akibat kepulan asap tebal.

16 Oktober 1996, Guatemala

Pada 16 Oktober 1996, berlangsungnya perlawanan kelayakan Piala Dunia 1998 antara Guatemala menentang Costa Rica di Stadium Nasional Mateo Flores di bandar Guatemala.

Difahamkan, lebih 60,000 penyokong hadir membanjiri stadium berkenaan yang hanya mampu menampung kapasiti penonton sebanyak 45,000 dalam satu-satu masa.

Perkara itu telah membawa kepada detik hitam selepas ramai antara penyokong terpaksa berhimpit hingga menyebabkan seramai 80 orang dilaporkan terkorban. Perkara itu berlaku ekoran ulat tiket yang menjual tiket palsu terhadap perlawanan itu.

2 Januari 1971, Scotland

7 Tragedi Terburuk
Gambar: Footballwhispers

Pada tanggal 2 Januari 1971, sebuah perlawanan telah dilangsungkan antara Glasgow Rangers menentang Celtic Park di Stadium Ibrox.

Difahamkan, seramai 66 orang maut selepas tangga yang dibina daripada kayu di stadium berkenaan runtuh secara tiba-tiba. Kejadian itu merupakan tragedi kedua selepas situasi yang sama pertama kali berlaku pada tahun 1902 yang mengorbankan 26 orang.

Sumber: AFP, History, FoootballWhisper,News.cgtn,TheSport Grail

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?