Siakap Keli
lelaki disambar petir
Gambar: Google

Dua Lelaki Maut Disambar Petir Semasa Tumbangkan Rumah ‘Kuno’

Dua lelaki maut disambar petir ketika sedang merobohkan sebuah rumah peninggalan kuno dalam kejadian di Rembang, Indonesia baru-baru ini, lapor Tribun News.

Perkara itu disahkan dan dijelaskan oleh Ketua Daerah Mastar setelah ditemui pemberita di tempat kejadian.

“Ketiga-tiga mangsa itu dipanah petir ketika merobohkan sebuah rumah kuno (rumah Indonesia) dan dua daripadanya maut,” katanya kepada pemberita.

Jelasnya ketiga-tiga mangsa yang disambar petir itu telah dikejarkan ke Pusat Kesihatan Bancar untuk rawatan perubatan selanjutnya.

Beliau berkata sekitar jam 3 petang (waktu Indonesia) kawasan itu mengalami cuaca yang buruk namun hujan tidak lebat dan hanya turun berterusan.

Namun secara mengejut, petir tiba-tiba menyambar dan terkena kepada kedua-dua mangsa terbabit ketika sedang merobohkan sebuah rumah seperti yang diminta tuan rumah.

Sementara itu, salah seorang mangsa berusia 55 tahun yang turut terkena petir dikejarkan ke hospital kerana berada dalam keadaan kritikal.

Menurut pihak polis, dua mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian manakala seorang lagi yang terselamat dibawa ke hospital.

“Dua mangsa yang meninggal di tempat kejadian sedang menunggu keluarga untuk datang dan mangsa yang terselamat namun berada dalam keadaan kritikal telah dibawa ke hospital,” katanya.

Sumber: Tribun News

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana