Gagal Dilancarkan, Peluru Berpandu Korea Selatan Terbakar Ketika Latihan Tembakan
Sebuah peluru berpandu balistik milik Korea Selatan yang tidak berfungsi dilaporkan telah jatuh semasa latihan menembak bersama Amerika Syarikat hingga kedengaran bunyi letupan yang mencetuskan rasa panik di kalangan penduduk sekitar bandar pantai Gangneung.
Pegawai Keselamatan Seoul dan Washington telah bersama-sama melakukan beberapa latihan termasuk pengeboman serta melancarkan peluru berpandu sebagai tindak balas kepada Korea Utara yang melancarkan latihan peluru berpandu jarak pertengahan (LHDNM) yang melintasi ruang udara Jepun pada Selasa.
Tentera Korea Selatan telah melepaskan tembankan peluru berpandu balistik Hyunmoo-2 jarak dekat pada lewat Selasa namun tidak berfungsi dan musnah sebaik sahaja dilancarkan.
Difahamkan, peluru itu terbakar tetapi kepalanya tidak meletup, jelas tentera Korea Selatan, kepada jurucakap tentera kepada pemberita Yonhap.
Memetik AFP, rakaman yang tidak dapat dikenal pasti dari mana sumbernya memperlihatkan bola api berwarna jingga melintasi kawasan berhampiran pangkala tentera udara sekitar Gangneung di pantai timur negara itu.
Hal tersebut telah mencetuskan rasa panik penduduk hingga ada yang menghubungi dewan bandar raya untuk membuat laporan.
Dalam pada itu, Korea Selatan dan Utara secara teknikalnya masih kekal berperang selepas Perang Korea 1950-53 berakhir dengan genjatan senajata, bukannya perjanjian damai. Konflik bersenjata antara kedua-dua negara itu jarang berlaku, namun insiden peluru berpandu itu telah membuatkan beberapa penduduk bahawa perang telah tercetus.
BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China
Sumber; AFP