Siakap Keli
Ular Sawa
Gambar: Balai Bomba dan Penyelamat Raub

Dipercayai Sering Masuk Garaj Kereta Penduduk, Ular Sawa Seberat 60kg Akhirnya Ditangkap

Dipercayai Sering Masuk Garaj Kereta Penduduk, Ular Sawa Seberat 60kg Akhirnya Ditangkap

Selepas enam kali ular sawa didakwa masuk dalam garaj kereta seorang penduduk,  akhirnya reptilia tersebut berjaya ditangkap oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Taman Melati, Raub semalam,lapor Utusan Malaysia.

Ketua Zon 3 JBPM Pahang, Shahrul Nizam Nasir berkata, seramai empat pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub bergegas ke lokasi kejadian menaiki sebuah jentera selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.05 petang.

Difahamkan, ular berkenaan ditemui oleh Mazuen Mohd. Taib, 42, sewaktu mahu mengemas garaj berkenaan sekitar jam 3 petang dalam kejadian terbaharu.

“Rumah saya bersebelahan dengan longkang besar dan merupakan saluran air utama perumahan taman ini dipercayai punca reptilia berkenaan mudah masuk ke rumah kami. Setiap hujung tahun ada ular ditemukan di rumah saya. Faktor cuaca juga mungkin menjadi punca reptilia ini mencari tempat perlindungan,” maklum Mazuen menerusi Utusan Malaysia hari ini.

Tambahnya, anak kucing peliharaannya yang diletakkan di dalam sangkar turut mati ditelan ular sawa sejak tiga tahun lalu.

Susulan insiden tersebut, haiwan peliharaannya tidak lagi ditempatkan dalam sangkar, maklumnya menerusi Utusan Malaysia.

BACA JUGA: Spekulasi PRU15 Makin Kencang, Belum Dapat Ilham Bubar Parlimen – Ismail Sabri

Sumber: Utusan Malaysia

BACA JUGA: Melingkar Dalam Mesin Basuh Kedai Dobi, Ular Sawa Seberat 20kg Ditangkap

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.