Siakap Keli
Ular Sawa Seberat 20kg Ditangkap
Gambar: Balai Bomba & Penyelamat Larkin, Johor Bahru

Melingkar Dalam Mesin Basuh Kedai Dobi, Ular Sawa Seberat 20kg Ditangkap

Melingkar Dalam Mesin Basuh Kedai Dobi, Ular Sawa Seberat 20kg Ditangkap

JOHOR — Seekor ular sawa berjaya ditangkap oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin di sebuah kedai mencuci pakaian (dobi) di Impian Emas, Larkin semalam.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, anggota bomba dan penyelamat telah menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan reptilia berkenaan.

Seramai tiga anggota terlibat dalam operasi penangkapan ular berkenaan yang diketuai oleh PBK II (KUP) Mohd Ali.

“Sejurus tiba, didapati ular sawa batik dianggarkan 5 kaki panjang dan seberat 20kg berada di dalam salah satu mesin basuh di situ,” maklum kenyataan itu.

Kecekapan pegawai bomba dan penyelamat Larkin akhirnya berjaya menangkap haiwan tersebut menggunakan penjeru sebelum dimasukkan ke dalam sangkar haiwan berbisa.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berhubung insiden itu.

Terdahulu dalam artikel SK melaporkan penemuan seekor ular sawa gergasi di Kabupaten Muna Barat, Sulawesi Tenggara, Indonesia oleh penduduk sewaktu memotong rumput di kebun yang bakal digunakan untuk menanam jagung lima hari lalu, lapor Detik.com.

Menurut laporan itu, ular sawa yang ditemui itu berukuran sepanjang tujuh meter dan berat mencecah 130 kilogram itu ditemui sedang melingkar di dalam kebun penduduk kampung tersebut.

“Seorang penduduk kampung yang sedang membersihkan kebunnya tiba-tiba terlihat ular sawa raksasa itu sedang sedang melingkar, ular itu mungkin sedang tidur,” kata Ketua Kampung Latompe Laode Sugira.

Sugira berkata, ular sawa itu pada awalnya ditemui oleh seorang penduduk kampung. Namun, kerana saiznya yang terlalu besar, dia kemudian memanggil lapan orang lagi rakan sekerjanya untuk membantunya menangkap ular sawa raksasa itu.

Sumber: Balai Bomba & Penyelamat Larkin, Johor Bahru

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"