Siakap Keli
Jumpa Ular Sawa Gergasi
Kredit Detik.com

Penduduk Gempar, Jumpa Ular Sawa Gergasi Ketika Tengah Bersihkan Kebun

Penduduk Gempar, Jumpa Ular Sawa Gergasi Ketika Tengah Bersihkan Kebun

Penduduk di Kabupaten Muna Barat, Sulawesi Tenggara, Indonesia gempar selepas menemui seekor ular sawa raksasa ketika sedang memotong rumput di kebun yang bakal digunakan untuk menanam jagung.

Menurut Detik, ular sawa yang ditemui itu berukuran sepanjang tujuh meter dan berat mencecah 130 kilogram itu ditemui sedang melingkar di dalam kebun penduduk kampung tersebut.

“Seorang penduduk kampung yang sedang membersihkan kebunnya tiba-tiba terlihat ular sawa raksasa itu sedang sedang melingkar, ular itu mungkin sedang tidur,” kata Ketua Kampung Latompe Laode Sugira.

Sugira berkata, ular sawa itu pada awalnya ditemui oleh seorang penduduk kampung. Namun, kerana saiznya yang terlalu besar, dia kemudian memanggil lapan orang lagi rakan sekerjanya untuk membantunya menangkap ular sawa raksasa itu.

Kredit Detik.com

“Dia tidak boleh melakukannya sendiri kerana ular itu sangat besar. Jadi dia memanggil rakan-rakannya yang berada di sekitar kebun penanaman jagung itu. Jadi ada sembilan orang semuanya,” kata Sugira.

Sugira kemudian berkata lagi, bahawa ular sawa itu melawan ketika mereka hendak menangkapnya. Penduduk kemudian memukulnya dengan pisau parang sebanyak lapan kali sehingga akhirnya haiwan itu mati.

“Ular sawa itu melawan ketika hendak ditangkap, jadi mereka memukul ular sawa itu dengan parang. Dipukul sebanyak lapan kali lalu ular itu mati,” katanya lagi.

Selepas berjaya ditewaskan, penduduk kampung kemudian membawa ular sawa raksasa itu ke kampung. Jarak antara tempat ular sawa itu ditemui dengan kampung hanya kira-kira sejauh tujuh kilometer.

Sumber: Detik.com

Baca: “Rugi Ni Bang,” Penuh Satu Troli, Tiba-tiba “Cashier” Mydin Kata Tak Baloi Bayar Macam Ni

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka