Ketua IMF Beri Amaran, Dunia Berisiko Menghampiri Zaman Kemelesetan Ekonomi
Pengarah Urusan Tabung Kewangan Dunia (IMF), Kristalina Georgieva, menggesa penggubal dasar pada Khamis supaya mengambil tindakan bersepadu bagi mengelakkan ‘norma baharu’ yang berbahaya berikutan risiko kemelesetan ekonomi di seluruh dunia, lapor AFP.
“Stabilkan ekonomi global dengan menangani cabaran paling segera termasuk memerangi inflasi,” kata Georgieva dalam ucapannya menjelang mesyuarat tahunan IMF minggu hadapan.
Beliau juga memberi amaran proses itu mungkin akan menyakitkan dan jika bank pusat bergerak terlalu agresif untuk mengurangkan tekanan dalam harga, ia boleh mencetuskan kemelesetan ekonomi yang berpanjangan.
Terdahulu, bank-bank pusat di seluruh dunia telah menaikkan kadar faedah secara serentak sebagai tindak balas kepada inflasi, dunia mungkin semakin menghampiri kemelesetan ekonomi global menjelang tahun 2023.
Difahamkan, ia merupakan rentetan krisis kewangan dalam pasaran baru dan ekonomi membangun akan memberikan kesan negatif yang berpanjangan, menurut kajian baharu yang komprehensif oleh Bank Dunia.
Sumber: Kuwait Times