Siakap Keli
Lelaki Bersenjata Serang Taska
Gambar: BBC

Lelaki Bersenjata Serang Taska, Balik Rumah Bunuh Keluarga Sebelum Bunuh Diri Sendiri 

Lelaki Bersenjata Serang Taska, Balik Rumah Bunuh Keluarga Sebelum Bunuh Diri Sendiri 

Seorang bekas pegawai polis bersenjatakan pistol dan pisau telah menyerang sebuah taska di Timur Thailand hari ini (6/10/2022) dan membunuh sekurang-kurangnya 30 orang termasuk kanak-kanak, lapor Al Arabiya.

Menurut laporan, selepas suspek menyerang taska tersebut dia bertindak membunuh keluarganya dan dirinya sendiri, kata polis.

Penyerang yang bersenjatakan pistol dan pisau itu melepaskan tembakan ke arah pusat jagaan kanak-kanak di Wilayah Nong Bua Lam Phu kira-kira jam 12.30 tengah hari sebelum melarikan diri dari tempat kejadian dengan sebuah kenderaan.

“Angka kematian insiden tembakan itu sekurang-kurangnya seramai 30 orang,” kata Anucha Burapachaisri, jurucakap pejabat Perdana Menteri Thailand.

Kolonel Polis Jakkapat Vijitraithaya, memberitahu bahawa lelaki yang melakukan serangan itu merupakan seorang leftenan kolonel polis yang telah dipecat daripada pasukannya tahun lalu kerana mengambil dadah.

Jakkapat berkata lagi, seramai 23 kanak-kanak maut dalam insiden serangan itu yang berumur antara dua hingga tiga tahun.

Terdahulu, seorang pegawai tentera yang sedang berkhidmat telah menembak mati dua rakan sekerjanya di pangkalan latihan tentera di ibu negara Bangkok.

Walaupun Thailand mempunyai bilangan orang yang memiliki senjata api yang tinggi, namun kejadian serangan tembakan seperti itu amat jarang berlaku.

Tetapi pada tahun lalu, terdapat sekurang-kurangnya dua lagi kes tembakan yang melibatkan pembunuhan oleh tentera yang masih berkhidmat, menurut Bangkok Post.

Pada tahun 2020, satu insiden tembakan ganas di negara itu yang melibatkan seorang askar menembak mati 29 orang dalam serangan amuk selama 17 jam dan mencederakan  ramai orang sebelum dia ditembak mati oleh komando.

Insiden itu dikatakan berpunca daripada pertikaian hutang yang melibatkan antara lelaki bersenjata yang berpangkat Sarjan Mejar dan seorang pegawai kanan.

Sumber: Al Arabiya

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.