Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berdasarkan anekdot di atas, kita mesti pernah mendapat e-mel yang kelihatan ‘legit’. Lagi-lagi saat tengah menganggur, e-mel untuk peluang pekerjaan sangatlah dinanti-nantikan. Namun, diingatkan semula bahawa jenayah menerusi alam digital semakin berluasa dalam kalangan rakyat Malaysia.
Menurut Microsoft, phishing adalah serangan siber yang dilakukan untuk mencuri wang atau identiti anda dengan memperdayakan mangsa melalui laman web yang seakan-akan laman web rasmi. Menerusi laman web ini, mangsa akan tertipu dan mendedahkan maklumat peribadi secara tidak sengaja seperti nombor kad kredit, maklumat bank atau kata kunci laluan.

Dengan erti kata lain, laman web yang kelihatan ‘legit‘ ini merupakan umpan dan maklumat peribadi anda boleh diibaratkan sebagai tangkapan. Sebab itulah perkataan phishing tersebut berasal daripada perkataan fishing, yang bermaksud memancing.
Selain itu, penjenayah siber biasanya akan menyamar menjadi syarikat yang berprestij, rakan-rakan atau kenalan dan menghantar e-mel palsu yang mengandungi pautan ke laman web phishing. Laman web perbankan atas talian juga pernah memiliki laman web ‘copy ori’ yang tersendiri.
1. Semasa anda menekan sesuatu pautan, akan ada fail yang ‘auto download’ pada komputer anda. Semasa anda membuka fail yang ‘auto download‘ tadi, fail tersebut akan menggunakan ikon seperti ikon Notepad, PDF. Akan tetapi, semasa anda membuka fail tersebut, ada malware yang sedang running in background.
2. Pautan daripada e-mel yang akan membawa anda terus ke browser. Akan tetapi, anda masih dapat mengenal pasti jika ia merupakan laman web phishing kerana akan muncul pop up pada browser tersebut. Sebagai contoh: This browser need to know your location or open camera... Jangan sesekali tekan ‘ALLOW‘.
1. Turn on option untuk display extension bagi semua fail yang menggunakan extension (.exe), lagi lagi yang mencurigakan.
2. Turn on Using and Configuring User Account Control (UAC), ia akan memberitahu anda sama ada ingin run program ini ataupun tidak.

3. Jangan terlalu gopoh nak klik benda-benda download ni. Periksa dahulu
BONUS – Tahukah anda bahawa setiap kata laluan yang disimpan di dalam browser seperti Chrome, Edge, Firefox ni senang gila untuk dicuri?
Perkara ini hanya memerlukan anda untuk tersilap klik pada pada pautan laman web phishing dan semua saved credential akan decrypted dalam masa empat saat sahaja dan ‘auto’ dihantar pada server milik penyerang… Maka, berhati-hatilah.
Sumber:@mhmadazim via Twitter.