Siakap Keli
Tahan Dua Lelaki Dengan 1 Kilogram Daun Ganja
Kredit Kompas.com

Polis Berjaya Tahan Dua Lelaki Dengan 1 Kilogram Daun Ganja Disimpan Dalam Guni

Polis Berjaya Tahan Dua Lelaki Dengan 1 Kilogram Daun Ganja Disimpan Dalam Guni

Pegawai Narkotik Polis Binjai berjaya menahan dua lelaki yang didakwa sedang membawa satu kilogram daun ganja yang disimpan dalam guni untuk dijual kepada pembeli, pada 4 Oktober lalu lapor Kompas.com.

Laporan itu disahkan oleh Humas Polis Binjai Iptu Junaidi melalui panggilan telefon di WhatsApp oleh Kompas.com.

Iptu Junaidi memberitahu bahawa kedua-dua lelaki berusia 27 dan 23 tahun itu merupakan penduduk Kampung Rumah Galo, Daerah Binjai dan telah dibayar sebanyak RM153 bagi membawa guni berisi ganja tersebut.

Kedua-dua suspek itu dilaporkan ditangkap pada malam 1 Oktober lalu di Jalan Soekarno-Hatta Kelurahan Tunggurono, Binjai Timur.

Kedua-dua suspek itu ditangkap selepas menunjukkan bukti seguni daun ganja kepada polis yang sedang membuat penyamaran bagi menangkap mereka dalam urusan jual beli. Kedua-duanya telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Binjai bagi memberi keterangan.

“Ketika disoal siasat, kedua-dua suspek mengaku diarah oleh seorang lelaki, yang merupakan penduduk Kampung Kuta Rakyat,” kata Junaidi.

Ketika daun ganja itu diambil, ianya masih segar baru dipetik dari Kampung Kuta Rakyat, di Daerah Naman Teran.

“Ganja itu dijual dengan harga RM 459 dan RM 153 diberi kepada mereka sebagai bayaran upah dalam urusan jual beli tersebut,” kata Junaidi lagi.

Sumber: Kompas.com

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka