Siakap Keli
Gambar: Detik.com

Sedih Dapat Tahu Pasal Tragedi Kanjuruhan, Raja Charles III Titip Takziah Pada Mangsa

Sedih Dapat Tahu Pasal Tragedi Kanjuruhan, Raja Charles III Titip Takziah Pada Mangsa

Raja England baharu, Raja Charles III dan Permaisuri Camilla berdukacita dengan perkhabaran tragedi Kanjuruhan di Malang, Jawa Timur yang telah meragut ratusan nyawa beberapa hari yang lalu, lapor Detik.com.

“Saya dan isteri sangat sedih mendengar tentang tragedi yang meragut nyawa pada pertandingan bola sepak di Malang pada 1 Oktober lalu,” kata Raja Charles III dalam akaun Instagram Kerajaan Inggeris semalam.

Raja Charles III berduka mendengar berita Tragedi Kanjuruhan tersebut yang dikatakan telah meragut sekurang-kurangnya 130 nyawa manusia.

Raja Charles juga berharap seluruh keluarga mangsa dan warga Indonesia kuat menghadapi dugaan itu.

“Saya mengucapkan takziah yang tulus kepada anda, keluarga yang terjejas dan rakyat Republik Indonesia pada masa yang sukar ini,” tambahnya lagi.

Presiden Jokowi sebelum ini meminta Pasukan Pencari Fakta Bebas Bersama (TGIFF) untuk segera menyiasat kes Tragedi Kanjuruhan tersebut. Jokowi berkata peristiwa itu dilihat sangat jelas.

“Sudah disampaikan oleh Menko Polhukam, beliau minta tempoh satu bulan, tapi saya minta beliau menyiasatnya dengan segera kerana bukti semua sudah jelas,” ucap Jokowi di RSSA Malang.

Dalam kunjungannya di RSSA Malang, Jokowi juga sempat menemui ahli waris mangsa tragedi Kanjuruhan itu. Jokowi juga berkata seluruh kos rawatan mangsa yang tercedera akan ditanggung oleh kerajaan.

“Saya juga memberitahu kepada pesakit semua bahawa kos rawatan akan ditanggung oleh kerajaan,” tambahnya.

Sumber: Detik.com

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.