Siakap Keli
Ditemui Mati Dalam Tangki Septik
Gambar: Detik, Suara

Setahun Dilapor Hilang, Empat Sekeluarga Ditemui Mati Dalam Tangki Septik

Setahun Dilapor Hilang, Empat Sekeluarga Ditemui Mati Dalam Tangki Septik

Empat sekeluarga yang dilaporkan hilang sejak setahun lalu ditemui mati dalam sebuah tangki septik di Desa Marga Jaya, Kabupaten Way Kanan, Lampung baru-baru ini.

“Mayat kesemua mangsa dimasukkan ke dalam tangki septik,” kata Ketua Polis Way Kanan, AKBP Tedyy Rachesna pada hari ini.

Setakat ini, polis masih belum dapat mengesahkan sama ada keluarga itu menjadi mangsa pembunuhan atau sebaliknya.

Menurut Detik, polis telah berjaya mengeluarkan kesemua mayat tersebut dari tangki septik siang tadi.

“Rancangan pengeluaran mayat dilakukan pada hari ini. Seorang daripada mangsa ditanam di kebun ubi kayu berdekatan,” jelas Teddy.

Salah seorang penduduk di situ berkata, mangsa yang tertimbus dan dibuang ke dalam tangki septik itu adalah keluarga seorang penduduk di kampung tersebut.

Penduduk disitu dikatakan langsung tidak pernah mendengar khabar keluarga itu sejak setahun lalu.

“Saya juga terkejut apabila mendengar berita kematian keluarga tersebut. Keluarga itu tidak kelihatan sejak setahun lalu. Kata anaknya mereka pergi ke luar negara,” kata seorang penduduk kampung.

Katanya, khabar angin bertiup kencang dalam masyarakat kononnya keluarga itu menjadi mangsa pembunuhan orang terdekat. Empat orang ditemui dalam tangki septik, seorang lagi ditemui tertimbus di kebun ubi kayu.

Sumber: Detik.com

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.