Siakap Keli
Gambar Hiasan: Pixabay

Wanita Terima Pampasan RM39k, Dipercayai Dibuang Kerja Kerana Hamil Ketika Cuti Bersalin

Wanita Terima Pampasan RM39k, Dipercayai Dibuang Kerja Kerana Hamil Ketika Cuti Bersalin

Seorang wanita menerima pampasan sebanyak RM39,749 selepas majikannya bertindak memecatnya tanpa sebarang alasan kukuh sewaktu memberitahu sedang hamil dalam tempoh cuti bersalin, lapor Metro UK.

Menurut laporan, dia yang merupakan seorang pendandan rambut memberitahu perkara tersebut sewaktu cuti bersalin anak pertamanya dan kedua-dua pihak bersetuju agar dia kembali bekerja semula di kedai salun rambut di Kilsyth, North Lanarkshire pada 11 April 2021.

Bagaimanapun, mangsa telah diberhentikan kerja sebaik sahaja kembali semula ke kedai berkenaan.

Menurut majikannya, dia mendakwa bahawa wanita terbabit dipecat atas sebab perniagaan namun, hasil laporan tribunal mendapati bahawa ibu itu telah diperlakukan dengan tidak adil.

Difahamkan, wanita terbabit hamil anak pertamanya pada tahun 2020 dan ketika itu majikannya telah mengurangkan tempoh jam bekerja kerana perniagaan tidak begitu lancar dek COVID-19.

Semua pekerja juga telah bersetuju untuk bekerja secara fleksibel bergantung pada kerja yang ada.

Di samping itu, wanita tersebut telah diberikan cuti bersalin dari Julai 2020 hingga April 2021 dan dalam tempoh itu dia telah hamil anak kedua.

Dalam perbicaraan yang berlangsung baru-baru ini, wanita itu berkata bahawa dia mengalami penyakit epilepsi akibat tidak berkerja.

Sementara itu, majikannya memberikan alasan bahawa pemecatan ibu tunggal itu disebabkan perniagaannya kurang mendapat keuntungan.

“Dia tidak dapat membuktikan dan meyakinkan pihak mahkamah berdasarkan inferens yang diberikan berhubung pemecatan kakitangannya yang sedang mengandung.

“Dalam kes ini, tuntutan yang dilakukan oleh wanita itu adalah logik,” kata Hakim Pekerjaan, James Hendry.

Sumber: Glasgowlive, Metro UK

BACA JUGA: Kipas ‘Hidup’ & Berpusing Walau Soket Dah Cabut, Wanita Nekad Pindah Rumah Masa Sarat Hamil

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.