Siakap Keli
kipas hidup soket cabut
Gambar: TikTok arinayasmin hassan

Kipas ‘Hidup’ & Berpusing Walau Soket Dah Cabut, Wanita Nekad Pindah Rumah Masa Sarat Hamil

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kipas ‘Hidup’ & Berpusing Walau Soket Dah Cabut, Wanita Nekad Pindah Rumah Masa Sarat Hamil

Baru-baru ini, tular sebuah video seorang wanita berkongsikan pengalamannya diganggu oleh hantu sewaktu berada di rumah.

Pasti yang seram sejuk jika mendengar pasal kisah-kisah hantu, lebih-lebih lagi ia terjadi kepada diri kita sendiri. Begitulah cerita yang bakal dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial di Tiktok miliknya arinayasminhassan.

Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah kipas yang telah dicabut suis masih lagi berputar seperti dipasang.

@arinayasminhassan

Pengalam duduk rumah berhantu.. #fyp #fypシ #fypdongggggggg #viral #malaysia #viralvideo #malaysia #viralmalaysia #tiktokmalaysia #tiktokpelitfyp

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Bagaimanapun, ia berhenti berpusing sejurus berada tepat menghadap Arina. Dia menjelaskan bahawa sempat merakam kejadian mistik itu sewaktu sedang mengemas rumah untuk berpindah keluar.

Tambahan pula, sebelum ini dia menceritakan pelbagai gangguan yang terpaksa dihadapi sewaktu tinggal di rumah berkenaan.

Maklum Arina, anaknya yang berusia setahun setengah sering diganggu dan menunjukkan tempat di dalam rumah dengan bercakap “kakak”. Adakala pintu grill rumah diketuk namun tiada orang sewaktu diperiksa oleh suaminya dan mainan bergerak dengan sendirinya.

@arinayasminhassan

Nahhh mana yg minta sambungan cita hantu kami… #fyp #fypシ #fypdongggggggg #viral #malaysia #viralvideo #tiktokpelitfyp #horrorstory #ceritahantumalaysia

♬ Horror Sound Music – Mauro Rawn

Difahamkan, sebab utama dia mengambil keputusan untuk berpindah  dari rumah tersebut kerana disebabkan dia sedang sarat mengandung pada ketika itu.

Rata-rata pengguna TikTok lain meluahkan rasa ingin tahu dengan kejadian tersebut dan ada juga yang memberikan saranan serta doa.

“Baca doa, solat hajat, azan setiap penjuru. In shaa Allah akan baik seperti sediakala. Jangan pernah tinggal solat dan baca quran. Tak perlu keluar rumah pun,” komen Halami Wahab.

“Kak tak panggil ustaz ke datang rumah ,mungkin ade orang hantar sihir,” kata Hanif.

“Arghh tetiba teringat waktu senja 1 hari tu , dengaq orang panggil macam urgent sangat-sangat, panggil dengan nada kuat lari la pergi buka pintu tapi takdak orang,” kata Nurfatin Sukeri.

Video pertama telah mendapat lebih 1.8 juta tontonan dan 114,000 tanda ‘Suka’ manakala video kedua pula mendapat lebih 12,000 tontonan dan lebih 600 tanda ‘Suka’.

Sumber: TikTok arinayasminhassan

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.