Waspada, Ribut Petir & Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri sehingga jam 6 petang ini.
Menurut MetMalaysia, antara kawasan yang diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang secara keseluruhan termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
Bagi negeri Kedah, daerah yang diramal terlibat hanya di Baling manakala Perak termasuk di daerah Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
Beberapa daerah negeri Selangor turut dijangka menerima taburan hujan dan ribut petir iaitu di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat selain di Johor pula di daerah Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Manakala di negeri-negeri di pantai timur seperti Kelantan menerima cuaca sama di Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai sementara Terengganu di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang serta Pahang di daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin,” kata MetMalaysia.
Dalam pada itu, di daerah Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Selangau), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Bintulu, Miri (Subis dan Miri) dan Limbang juga dijangka berlaku ribut petir.
Selain itu, Sabah di Pedalaman Sipitang dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat juga diramal berlaku perkara sama hingga jam 6 petang nanti.
Orang ramai yang berada di kawasan berisiko dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada.
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈
Dikeluarkan pada: 2:10 petang, 6 Oktober 2022#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/oSu9sWMwxM— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) October 6, 2022
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia