Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Ribut Petir Di Beberapa Negeri Hingga 9 Malam Ini

Nur Syahirah Zainoor Hisham
Kredit: Pixabay

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan Semenanjung, Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan yang bakal melanda sehingga 9 malam ini.

Antara negeri yang terlibat di Semenanjung sehingga 9.00 malam hari ini ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian dan Larut, Matang dan Selama), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Terengganu dan Pahang (Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).

Bagi bahagian tengah dan selatan Semenanjung Malaysia, antara kawasan yang terlibat adalah Selangor (Hulu Selangor dan Sepang), Negeri Sembilan, Melaka, Johor termasuklah WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.

Seterusnya, kawasan yang akan dilanda ribut petir dan hujan lebat di Sarawak: Kuching, Kapit (Belaga), Miri (Telang Usan) dan Limbang, Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat termasuklah WP Labuan.

Sumber: MET Malaysia via Twitter