Harimau Bintang Paling “Rare” Ditemui Di India
Kelibat seekor harimau bintang hitam yang sangat jarang ditemui berjaya dirakam di taman negara Selatan India, lapor Daily Mail.
Kucing besar itu difahamkan diberi nama Bagheera bersempena dengan nama watak dari The Jungle Book karya Rudyard Kipling.
Jurugambar hidupan liar, Haritri Goswani berjaya merakam gambar harimau bintang betina itu sewaktu dalam perjalanan ke Taman Negara Peach di Selatan India.

Bulunya yang unik itu difahamkan hasil daripada melanin yang terdapat dalam kulit Bagheera itu sendiri.
Haritri Goswami sempat merakam gambar Bagheera sedang memanjat dan kemudian duduk di atas pokok di taman itu.
Pigmen yang lebih gelap berada pada kulit, bulu dan mata yang menyebabkan warna yang lebih gelap. Variasi genetik harimau bintang muda adalah berbeza dengan albinisme.

Sesetengah saintis mencadangkan bahawa ia merupakan contoh evolusi yang luar biasa. Para saintis percaya bahawa beberapa harimau bintang di India dengan bulu hitam gelap sedang berevolusi untuk membantu mereka memburu mangsa pada waktu malam.
Warna yang gelap itu membantu harimau bintang merangkak, menghendap mangsa di dalam hutan dan bersembunyi dalam bayang-bayang tanpa dikesan.
Terdapat beberapa penampakan harimau bintang yang direkodkan di hutan lain di seluruh Asia dan Afrika. Seekor harimau bintang hitam berjaya ditangkap di Kenya pada bulan lepas.

Bukan sahaja harimau bintang yang telah dikesan dengan sifat unik tersebut. Awal tahun ini, dua ekor harimau hitam yang sangat jarang ditemui dikesan sedang bersiar-siar di Taman Negara Nandankanan, Timur India.
Taman Negara Peach juga dikenali sebagai ‘Land of the Mowgli’ kerana kepelbagaian haiwan yang hidup di dalam hutan itu. Taman negara itu juga mempunyai kawasan rizab bagi harimau.

Jurugambar hidupan liar lain juga telah berjaya merakam gambar Bagheera pada bulan lepas sejak pertama kali dirakam pada November 2020 dahulu.
Pegawai taman negara itu percaya bahawa haiwan tersebut merupakan harimau bintang yang sama pada dua tahun lepas yang muncul di taman negara itu.
Sumber: Daily Mail