Siakap Keli
tabung kilat susu khas
Kredit: Facebook KELSS

Tabung Kilat: Adik Adha Miliki Masalah Jantung, Rayu Sumbangan RM9,000 Tampung Kos Susu Khas

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jantung merupakan organ yang paling penting dalam tubuh badan manusia. Fungsinya adalah untuk mengepam oksigen yang mencukupi ke seluruh badan.

Kegagalan organ ini akan berfungsi ini secara normal akan memberikan kesan terhadap kesihatan seseorang individu. Selain daripada mengalami kesukaran untuk menjalani kehidupan, kos untuk merawat masalah kesihatan melibatkan organ ini sangat tinggi.

Inilah perkara yang dihadapi oleh seorang kanak-kanak lelaki yang baru sahaja berusia dalam lingkungan dua bulan. Adik Muhamad Adha Mikhael Kamaruddin, disahkan menghidap jantung berlubang, injap jantung sempit dan masalah paru paru.

Difahamkan bahawa Adik Adha perlu diberi minum susu khas yang nilai kosnya menjangkau RM1,500 dan jumlah wang ini kelibatan amat berat untuk dipikul bagi keluarganya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, itulah apa yang digambarkan semasa mendengar keadaan Adik Adha, yang baru sahaja memulakan membuka lembaran kehidupannya.

Kisah ini telah mendapat perhatian oleh pihak Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial-KELSS dan dikongsikan laman Facebook mereka. Berikut merupakan perkongsian mereka.

Tabung kilat: Adik Adha perlu susu khas

Adik Muhamad Adha Mikhael Kamaruddin yang berusia 2 bulan ini, disahkan menghidap jantung berlubang, injap jantung sempit dan masalah paru paru.

Pihak hospital menyarankan agar Adik  Adha diberi minum sejenis susu khas jenama ‘Portagen” yang  mencecah RM1500 sebulan , diluar kemampuan bapanya yang hanya bekerja sebagai tukang potong kayu.

Kredit: Facebook KELSS

“Kalau di wad, susu tu dibekalkan oleh hospital, tapi bila balik rumah kena beli sendiri. Saya ada juga minta dengan pihak berwajib tapi kena tunggu 4 hingga 6 bulan” – kata ibunya Noor Diana Shaidon ketika disantuni kru sukarelawan kami di rumah sewanya di Jalan Lubuk, Tanah Merah, Kelantan minggu lalu.

Kredit: Facebook KELSS
Kredit: Facebook KELSS

Dengan ini, kami melancarkan Tabung Kilat Adik Adha untuk pencarian dana bagi membantu membekalkan susu tersebut.

Tabung akan ditutup selepas mencecah sasaran dan serahan susu seperti mana dibawah akan dilakukan selepas selesai urusan pembelian.

6 Bulan bekalan susu khas Portagen 400g

RM150 x 10 tin sebulan x 6 bulan (60 tin)

= RM9,000

Perkongsian rezeki atau sumbangan dari rakyat Malaysia , boleh disalurkan ke akaun rasmi kami seperti dipersetujui ibu bapanya,

CIMB 8602 4983 68

KELAB KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN SOSIAL

Pertanyaan kepada kami melalui WHatsapp

www.wasap.my/60179404640/AdikAdha

#SelamatMembantu

6 Oktober 2022

Kredit: Facebook

Sumber: Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial – KELSS via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.