Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Yakin Nak Guna, Bersihkan “Microwave” Dengan 1 Bahan Ni Je
Rata-rata dapur kini sudah pasti dilengkapi dengan ketuhar (microwave). Selain pelbagai kegunaan, ketuhar turut memudahkan pelbagai proses memasak. Malah, ada juga resipi yang menggunakan kaedah kukus atau membakar, kini diubah suai dan boleh dimasak menggunakan ketuhar contohnya resipi ayam bakar.
Kekerapan menggunakan ketuhar dalam aktiviti seharian, terutamanya proses memanaskan semula hidangan pasti membuatkan ketuhar lebih cepat kotor. Percikan minyak, rempah dan isi lauk di dinding dalam ketuhar kadang-kala mengering hingga sukar untuk ditanggalkan menggunakan span basuh pinggan.
Jangan pula ada yang cuba gosok sisa makanan menggunakan sabut besi, ia akan menambahkan lagi peluang sisa makanan tersekat di bahagian dinding yang tercalar. Begitu juga penggunaan bahan kimia yang mungkin mendatangkan bahaya kepada kesihatan anda.
Sebelum memulakan proses membersihkan ketuhar, sediakan satu mangkuk yang bersesuaian dengan saiz ketuhar anda. Isikan air separuh mangkuk sahaja.

Kemudian, perah dan masukkan hirisan bahan utama petua kali ini, iaitu lemon ke dalam mangkuk.

Setelah siap, letakkan mangkuk ke dalam ketuhar. Hidupkan ketuhar selama lima minit.

Anda dinasihatkan agar untuk tunggu sekejap selama dua minit selepas masa tamat sebelum membuka pintu ketuhar.
“Untuk pastikan wap air tersebut tak keluar dari ketuhar,” jelas wanita tersebut.
Cukup dua minit, buka pintu ketuhar dan keluarkan mangkuk berisi air dan hirisan lemon tadi. Hati-hati dan gunakan kain tebal ketika memegang mangkuk.
Ambil sehelai kain bersih dan lap bahagian dalam ketuhar.
“Senang betul, tak payah nak sental kerak-kerak dan sisa minyak tu. Bau pun harum semerbak lemon gitu,” tambahnya lagi.
Sebagai petua tambahan, Salinda turut mencadangkan penggunaan soda bikarbonat untuk mencuci ketuhar.
Selamat mencuba.
Sumber: Facebook Salinda Sopian
BACA: Cara Buat Sendiri Lilin Penghalau Nyamuk, Guna 3 Bahan Je
BACA: Baby Bertungku Banyak Manfaatnya, Mama Jom Buat Tungku DIY Di Rumah