Banjir Kilat Dilapor Landa Felda Chiku 2 Gua Musang
GUA MUSANG, 8 OKTOBER – Kawasan Felda Chiku 2 dilaporkan dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat tidak henti sejak malam tadi.
Memetik laporan Sinar Harian, perkara tersebut telah dikongsikan di Facebook SK Sri Chiku 2.
Dalam perkongsian itu, SK Sri Chiku 2 menjadi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir yang terkesan.

Sumber: Sinar Harian