Siakap Keli
kuantiti protein dalam satu sajian
Gambar: Unsplash

Dapat Bantu Pembentukan Sistem Imuniti, Ketahui Kuantiti Protein Yang Disarankan Dalam Satu Sajian

Dapat Bantu Pembentukan Sistem Imuniti, Ketahui Kuantiti Protein Yang Disarankan Dalam Satu Sajian

Tahukah anda pengambilan protein amat penting dalam membantu pembentukan sistem imuniti badan, memberikan tenaga dan membaiki semula tisu yang rosak?

Oleh itu, kita perlu tahu berapa banyak kuantiti protein yang diambil seperti kekacang, ikan, ayam, daging dan sebagainya mengikut saranan Piramid Makanan 2020.

Menurut bahagian pemakanan KKM, kita disarankan untuk mengambil protein pada setiap hari sebanyak:

  • Ikan – 1 sajian
  • Ayam/telur/daging – 1-2 sajian
  • Kekacang – 1 sajian
  • Gambar: Pemakanan KKM

Selain itu, kita juga digalakkan untuk mengambil pelbagai jenis sumber protein pada setiap hari. Apakah sebabnya?

Hal ini kerana pengambilan pelbagai jenis protein membantu dalam pembentukan sistem antibodi badan. Walau bagaimanapun, kandungan protein tersebut berbeza mengikut saiz hidangan dan jenis makanan.

Gambar: Pemakanan KKM

Tambahan lagi, protein juga dikatakan dapat membaiki semula tisu otot yang telah rosak.

Namun, jumlah protein yang diambil dalam setiap makanan adalah berbeza dan ia tidak hanya bergantung kepada setiap harga makanan.

Gambar: Pemakanan KKM

Selain daripada ikan, ayam, daging dan kekacang juga, terdapat pelbagai pilihan protein yang ada di luar sana.

Sebagai seorang yang amat menitik berat tentang pemakanan seimbang, kita perlulah tahu berapa banyak kuantiti makanan yang diambil dalam satu sajian.

Sumber: Pemakanan KKM

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.