Siakap Keli
Gambar: Brett_Hondow Via Pixabay

“Masa Pegang Pun Dah Boleh Tahu..,” Jangan Patahkan Tangkai, Wanita Kongsi Cara Pilih Bendi Dengan Betul

“Masa Pegang Pun Dah Boleh Tahu..,” Jangan Patahkan Tangkai, Wanita Kongsi Cara Pilih Bendi Dengan Betul

Kacang bendi atau nama saintifiknya Abelmoschus esculentus tergolong dalam kategori tumbuhan berbunga dan boleh dimakan oleh manusia.

Kacang bendi sangat sinonim dan terkenal kerana ia ditanam secara komersial. Bagi sesetengah orang, mereka lebih gemar untuk menanam tumbuhan ini di halaman rumah mereka.

Oleh hal demikian, bendi seringkali ditanam oleh orang ramai dan sangat mudah dicari di mana-mana termasuk kedai runcit berhampiran anda.

Bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui cara untuk memilih dan membezakan kacang bendi tua atau muda.

Menerusi satu perkongsian oleh Ida Shahida di Facebook, dia menjelaskan cara untuk memilih bendi dengan betul.

Menurutnya, tangkai tidak berlubang menandakan bahawa bendi muda manakala tangkai berlubang pula menandakan bendi itu tua.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti nukilannya di bawah. Semoga bermanfaat.

Cara nak pilih bendi

Tolong jangan dok kepak di kepala dia. Habeh semua dikepak nak beli pun tak dak mood. Tak elok dah rupa dia.

Buat macam ni lani.

Dan kalau nak kepak juga pilihlah yang warna hijau ‘muda’ sebab warna hijau muda kacang tu belum keras lagi. Kalau keras pun keras sikit saja, masih boleh dimakan.

Kalau dah masa pegang pun kita dah boleh tahu dia dah tua. Jangan di ‘kepak’.

Saya tak pernah ‘kepak’ sewaktu membeli. Saya tengok yang warna ‘ muda dan segar serta hujungnya lembut, confirm muda.

‘Mematahkan’ itu mungkin habit sebenarnya.

Anda ada petuanya juga?

Sumber: Facebook Ida Shahida

BACA: Beli ‘Milk Tea’ RM14.39 Je Dah Boleh Dapat Iphone Baru, Ni Trik Mudah Kalau Nak Menang

BACA JUGA: Dapat Hasil Lebih Sihat, Thailand Guna Ganja Sebagai Sumber Makanan Ayam

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.