Siakap Keli
nak minum tapi malas keluar beli

Beli ‘Milk Tea’ RM14.39 Je Dah Boleh Dapat Iphone Baru, Ni Trik Mudah Kalau Nak Menang

Bercakap pasal makanan dan minuman kegemaran, masing-masing ada citarasa yang tersendiri. Seperti air teh, ada yang suka minum ‘kosong’ begitu sahaja dan ada yang sangat berminat sekiranya air teh diadunkan dengan boba, jeli atau pun black sugar.

Tambah-tambah pula bila waktu cuaca panas, memang syok bila dapat minum milk tea bersama black sugar. Confirm, mesti ramai yang ‘tergoda’ tengok keenakannya. Tapi masalahnya, bukan senang nak bancuh milk tea yang betul-betul kaw dengan aroma yang wangi. Nak senang, order je kat kedai.

Tapi dengan Ah Huat Black Sugar Milk Tea, korang pun boleh jadi ala ‘bartender’ profesional sebab bancuhan milk tea  ini akan keluarkan aroma unik hasil gabungan  Kenya Black Tea dan dark muscovado sugar.

Sudahlah sedap, harga pula murah. Kalau setakat RM14.39 untuk 12 sachet, sudah tentu puas hati. Apatah lagi bila anda berpeluang menangi iPhone 13 percuma.

Nak bancuh pun mudah sahaja, hanya perlukan air sejuk 150ml dan 1 sachet Ah Huat Black Sugar Milk Tea.

Jangan risau sebab minuman ini mempunyai sijil halal dan ianya mudah didapatkan di pasaran. Boleh ikut kesukaan sendiri dan tambahkan topping seperti cincau, nata de coco dan lain-lain.

Dapat menang iPhone

Dalam pada itu, jangan tidak tahu pula bahawa jika korang beli dan nikmati minuman ini boleh dapat iPhone dan banyak lagi hadiah menarik.

Macam mana tu? Untuk pengetahuan korang, Ah Huat akan melancarkan Black Sugar Challenge Nationwide Contest yang akan berlangsung dari 1 Oktober hingga 31 Oktober 2022 ini.

 

Mudah saja untuk sertai peraduan ini, korang hanya perlu membeli Ah Huat Black Sugar Milk Tea dan fikirkan cara kreatif untuk menikmati minuman tersebut dan seterusnya memuatnaik video atau gambar ke Facebook dan Instagram.

Kemudian, tag dua orang rakan dan @ahhuat_official berserta hashtag #BlackSugarMilkTea dan #AhHuatWhiteCoffee. Jangan lupa setkan akaun sosial media korang itu kepada public.

Menariknya, korang bukan sahaja akan berpeluang memenangi iPhone tetapi hadiah lain seperti Watch GT 3, Nintendo Switch Lite dan e-baucer bernilai RM50.

Jadi takkan nak lepaskan peluang dapatkan hadiah menarik ni kan. Paling best, dapat nikmati air kegemaran dan berpeluang menang hadiah. So bila dapat iPhone tu, si suami kenalah bagi pada isteri sebab dah tolong bancuhkan air.

Kalau anda berminat boleh dapatkan produk ini di pelbagai platform seperti Lazada, Shopee, aeon big dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web, Facebook dan Instagram Ah Huat.

Tertakluk kepada terma dan syarat.

Sofea

There's always another side to every story