Siakap Keli
Gambar: Mirror

Lelaki Terkejut, Temui Mumia Kucing Dalam “Seat” Kereta Klasik Era Soviet

Lelaki Terkejut, Temui Mumia Kucing Dalam “Seat” Kereta Klasik Era Soviet

Seorang pengumpul kereta klasik terkejut ketika menemui mumia seekor kucing di dalam kenderaan era Soviet yang rosak selepas dia membelinya di eBay, lapor Mirror.

Oliver Rietz dilaporkan menemui bangkai kucing itu di tempat duduk belakang kereta jenis Trabant 601 ketika dia sedang membersihkannya di Llmenau, Thuringia, Jerman.

Katanya, kucing itu berkemungkinan sudah mati beberapa dekad yang lalu. Pakar juga menjelaskan bahawa rangka kucing itu telah disimpan dengan baik dalam keadaan kering.

Kredit Mirror

Rietz memiliki 74 buah kenderaan bersejarah dari timur Jerman, termasuk sebuah ambulans, Wartburgs, kenderaan tentera dan jentera bomba apabila dia membeli Trabant, yang pengeluarannya telah dihentikan pada tahun 90-an.

Dia telah melihat iklan penjualan kereta itu di eBay dan memutuskan untuk membelinya sebagai koleksi kereta klasiknya.

Rietz diberitahu bahawa kereta itu berasal daripada Barat sebelum dijual selepas penyatuan semula Jerman. Ia kemudiannya digunakan oleh penduduk kampung untuk dipandu di sekitar ladang.

Menarik dengan cerita yang diceritakan itu, Rietz dengan pantas memandu ke Deggendorf di Bavaria untuk membeli kereta yang berusia 60 tahun berkenaan dan telah lama berada di dalam bangsal.

Tetatpi dia tidak menyangka bahawa dia akan menemui seekor kucing mumia dalam keadaan baik di tempat duduk belakang kereta itu.

“Kereta itu dijual dengan sangat murah, hanya RM 679. Apabila dibaiki, sepasang kekasih membayarnya pada harga RM 41,000,” kata Rietz.

“Sebab itu saya terus memandu dan mendapatkan kereta itu. Saya hanya perasan kucing itu di rumah ketika hendak membersihkan kereta itu. Ia sangat sesuai dengan Wartburg 311 saya yang berkarat,” kata Rietz lagi.

Rietz kemudian memanggil ahli biologi forensik terkenal Mark Benecke, 52, untuk memeriksa kucing itu.

Benecke yang terkenal di National Geographic Channel dan History Channel mendapat kemasyhuran selepas berjaya membuat pengecaman tengkorak dan gigi Adolf dan Eva Hitler di Moscow.

“Apabila ia basah, bangkai kucing akan mereput dengan cepat. Tetapi apabila ia dalam keadaan benar-benar kering ia akan kekal dalam keadaan baik,” kata ahli biologi forensik itu yang menjelaskan mengapa keadaan bangkai kucing itu masih utuh.

Sumber: Mirror 

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.