Siakap Keli
Fenomena Air Pasang kuala kedah
Kredit APM

Paling Tinggi Pernah Direkodkan, Fenomena Air Pasang Setinggi 2.92 Meter Landa Kuala Kedah

Paling Tinggi Pernah Direkodkan, Fenomena Air Pasang Setinggi 2.92 Meter Landa Kuala Kedah

Kuala Kedah dilapor dilanda fenomena air pasang besar sekali lagi pada awal pagi ini dengan paras air laut mencecah setinggi 2.92 meter, lapor Astro Awani.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kaptet (PA) Norlizawati Ismail berkata, bacaan paras air laut itu merupakan yang paling tinggi pernah direkodkan setakat ini berbanding sebelum ini.

“Air mulai naik dan memasuki kawasan penduduk di sepanjang persisir pantai bermula jam 1.15 pagi dan perlahan-lahan surut jam 2.30 pagi.

“Langkah keselamatan telah diambil APM dengan menempatkan anggota untuk melakukan pemantauan di kawasan ‘hotspot’ seperti di Terminal Feri Kuala Kedah, Taman Seri Putra, Pasar Kota Marina dan Kampung Tepi Laut,” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.

Katanya lagi, APM turut mengambil langkah aktif dengan melakukan pemantauan di beberapa sungai utama di daerah ini yang berisiko berlakunya banjir kerana bimbang jika berlakunya banjir akibat daripada pertembungan air laut dan sungai.

Belia berkata lagi, dua buah rumah di Kampung Alor Gunong telah terjejas namun air telah kembali surut pada sejam kemudian.

Sumber: Astro Awani

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.