Tiga Kaedah Mudah Menyahbeku Bahan Mentah Tanpa Pembiakan Bakteria
Kita semestinya inginkan bahan makanan yang ingin di masak dalam keadaan yang selamat dan bersih untuk mengelakkan keracunan makanan. Jadi cara penyimpanan makanan perlulah betul agar makanan tidak rosak dan selamat untuk di makan.
Tahukah anda, meletakkan bahan mentah pada suhu bilik dalam tempoh yang lama akan menyebabkan bahan mentah tersebut cepat rosak dan menyebabkan bakteria membiak dengan sangat cepat.
Perkongsian Maklumat Tentang Nyahbeku Bahan Mentah
Nyahbeku adalah proses pencairan bahan mentah sama ada daging, ayam, ikan dan sebagainya. Tujuan nyahbeku adalah supaya ais pada bahan mentah akan cair dan apabila proses memasak dijalankan makanan tersebut akan masak dengan sekata.
Untuk memastikan bahan mentah tersebut bertahan lama dan berada dalam keadaan yang baik, penting untuk kita tahu kaedah yang betul untuk menyimpan dan menyahbeku bahan mentah tersebut.
Disini saya kongsikan kaedah menyahbeku bahan mentah dengan cara yang betul.
3 Kaedah Menyahbeku Bahan Mentah yang selamat:
1. Pindahkan ke ruang dingin

Bahan mentah yang telah di sejuk beku perlu dipindahkan ke ruang dingin sehari sebelum digunakan.
Anda boleh memasukkan makanan beku ke dalam mangkuk atau pinggan untuk mengelakkan air mengalir keluar dari peti sejuk .
2. Aliran air

Rendam bahan mentah dengan air yang mengalir pada tahap sederhana. Kemudian, pastikan air sentiasa mengalir dan bukan terendam di dalam air yang sama.
Proses ini akan mempercepatkan bahan mentah menjadi lembut dalam tempoh sekitar 5 – 30 minit dan ia bergantung kepada saiz dan kuantiti bahan mentah.
3. Microwave

Jika anda menggunakan microwave sila pilih menu Defrost atau THAWING dan tetapkan masa mengikut berat bahan mentah. Tempoh masa yang diperlukan selama 5 hingga 10 minit.
Pengendalian makanan yang betul mampu mengurangkan risiko makanan rosak dan dapat mengelakkan keracunan makanan kepada kita dan keluarga. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Makanan selamat kesihatan terjaga.
Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, JKWPKL & P via Facebook