Siakap Keli
New Zealand rancang kenakan cukai sendawa
Gambar: Marty Melville/AFP

Bakal Jadi Pertama Di Dunia, New Zealand Rancang Kenakan Cukai Sendawa & Kentut Lembu

Bakal Jadi Pertama Di Dunia, New Zealand Rancang Kenakan Cukai Sendawa & Kentut Lembu

Kerajaan New Zealand mengumumkan satu rancangan baharu bagi mengenakan cukai pelepasan gas rumah hijau dari ladang haiwan untuk menangani perubahan iklim, lapor AFP.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dalam kenyataan pada Selasa lalu berkata levi itu bakal menjadi yang pertama di dunia.

Difahamkan, gas yang dilepaskan secara semula jadi oleh 6.2 juta lembu di negara berkenaan adalah antara yang terbesar di negara itu hingga menyebabkan masalah alam sekitar.

Skim tersebut memperuntukkan petani untuk membayar pelepasan gas daripada haiwan ternakan mereka seperti gas metana dari kentut, sendawa dan nitrus oksida dalam air kencing lembu.

Tambahnya, petani sepatutnya dapat membayar balik kos itu dengan mengenakan bayaran lebih untuk produk mesra alam.

“Cadangan pragmatik itu akan mengurangkan pelepasan kesan pertanian semasa menghasilkan dan mempertingkatkan jenama eksport New Zealand,” katanya

Sehubungan itu, kerajaan berharap dapat menandatangani cadangan itu menjelang tahun hadapan supaya cukai itu boleh diperkenalkan dalam tempoh tiga tahun sahaja.

Gambar: Marty Melville/AFP

Walau bagaimanapun, negara tersebut bakal mengadakan pilihan raya dalam tempoh 15 bulan lagi dan isu ini bakal menjadi salah satu sebab untuk sebahagian petani tidak mengundinya.

Sementara itu, Presiden Kumpulan Lobi Peladang Bersatu, Andrew Hoggard berkata skim itu bakal ‘merobek’ keberanian dari bandar kecil di New Zealand.

Tambahnya, cukai tersebut juga bakal mendorong petani untuk menanam pokok di ladang ternakan mereka.

Organisasi yang mewakili penternak biri-biri dan lembu negara itu, Beef + Lamb New Zealand juga menjelaskan bahawa rancangan tersebut gagal mengambil kira langkah luar bandar yang telah sedia ada untuk mengatasi gas rumah hijau.

“Petani New Zealand mempunyai lebih daripada 1.4 juta hektar hutan asli di atas tanah mereka yang mampu menyerap karbon. Ia sepatutnya dijalankan sewajarnya dalam mana-mana rangka kerja sejak hari pertama,” kata Pengerusi, Andrew Morrison

Sumber: AFP

BACA JUGA: Mungkin Anak Sendiri Pernah Terkena, Ini 5 Jenis Buli Di Sekolah Termasuklah Jegil Mata

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.