Cemas, Bomba Berjaya Keluarkan Cincin Tersangkut Pada Kemaluan Pemuda 29 Tahun
Sebentuk cincin yang tersangkut di kemaluan seorang lelaki di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) berjaya ditanggalkan oleh anggota bomba dan penyelamat selepas mengambil masa kira-kira 15 minit untuk ditanggalkan, lapor Kosmo.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata panggilan diterima pada pukul 12.45 tengah malam di bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat berkenaan kecemasan tersebut.
“Setibanya pasukan bomba ke lokasi kejadian, didapati benar seorang pesakit lelaki berusia 29 tahun dan terdapat cincin pada kemaluan.

“Anggota kemudian menggunakan peralatan khas untuk memotong cincin pada kemaluan lelaki terbabit,” kata Mohamadul Ehsan pada hari ini.
Menurutnya lagi, proses berkenaan dilakukan dengan berhati-hati bagi memastikan tidak berlaku sebarang kecederaan serius yang lain.
Sumber: Kosmo