Siakap Keli

Dompet Tercicir Masa Tengah Tolong Kereta Kemalangan, Lelaki Kecewa Semak M2U Ada Orang “Paywave” Guna Kad

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sejak kebelakangan ini, makin kerap kita dengar berita kemalangan yang berlaku sama ada di jalan raya biasa mahupun di lebuhraya. Kemalangan-kemalangan ini pula, ada kalanya menyebabkan kecederaan yang serius ataupun kematian berlaku.

Kita juga turut pernah disajikan dengan berita-berita keperihatianan rakyat Malaysia yang sanggup berhenti di tepi jalan semata-mata mahu menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya. Namun begitu, siapa sangka dalam usaha untuk meringankan kesusahan lain, diri sendiri pula ditakdirkan turut dilanda musibah yang tak disangka-sangka.

Seperti situasi yang menimpa seorang individu ini, Abdullah Sazili atau Dolah menerusi laman Twitter berkongsi kisah kehilangan dompetnya ketika membantu sebuah kereta yang mengalami kemalangan. 

Menurutnya, dompet miliknya berkemungkinan tercicir ketika dia berhenti di tepi jalan membantu sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini. Lebih malang lagi, kad ATM miliknya telah diguna pakai oleh orang lain menggunakan sistem paywave. 

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh baca perkongsian tersebut di bawah, semoga ia akan memberi sedikit pengajaran buat kita semua supaya lebih berhati-hati. 

Tolong orang kemalangan tapi wallet pula tercicir dan orang guna

Kisah sedih hari ini, aku tolong orang yang kemalangan yang berlaku di tengah-tengah lebuhraya tadi sebab aku orang pertama yang nampak. Lepas tu aku tolong call ambulans dan polis, sampai je aku terus ‘chow’, lepastu baru aku perasan wallet dah takde. Aku check M2U dan ada orang ‘paywave’ guna kad aku. 

Kisahnya macam ni, aku dalam perjalanan nak balik Kuala Lumpur (KL) semalam dan masa tu hujan renyai-renyai, lepastu depan mata aku kereta jenis Toyota Vios kemalangan hilang kawalan kat lane kanan. Aku pu terus kelam-kabut berhenti tepi arahkan semua kereta lain untuk perlahan sambil suluh torchlight. 

Aku pergi kat kereta tu, pintu dia dah stuck, jadi aku tolong tarik buka semua, ada salah seorang penumpang kat dalam pengsan, aku call la 999 semua, nasib baik ada orang lain yang berhenti tolong juga suluh torchlight suruh kereta lain perlahan sikit.

Beberapa kali juga la vios tu nak kena hentam dengan kereta lain, kebetulan pula waktu tu kat selekoh, hujan lebat dan tengah malam. Memang ‘package’ la. Lepastu dah selesai semua selamat ketepi, aku pun beransur pergi. Lepas dari tu barulah aku perasan yang wallet aku dan tak ada. Mungkin masa tengah kelam kabut tolong tu tercicir. 

Masa tu pun dah sampai KL, kemalangan tu berlaku kat Tanjung Malim, jauh kalau nak patah balik semata-mata nak cari wallet yang hilang kat tempat kemalangan tu. Lepastu tergerak hati nak check M2U. Sekali betul dah ada orang guna kad aku. Bukan rezeki. 

Justeru itu, dalam kita membantu orang lain, kita juga perlu lebih berhati-hati tentang keselamatan diri dan juga barangan pribadi kita supaya hal yang tidak diingini berlaku seperti apa yang terjadi kepada Dolah. Oleh itu, kita perlulah mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang berlaku supaya ia tidak lagi akan berulang.

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

Sumber: Dolah (Twitter)

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.