Padah Sumbat Cawan Besi Dalam Dubur Ketika Mabuk, Usus Lelaki Ini Terpaksa Dipotong
Seorang lelaki di India berdepan detik cemas apabila cawan besi yang dimasukkan ke dalam duburnya ketika dia sedang mabuk tersekat dan tidak boleh dikeluarkan, lapor Daily Mail.
Lelaki berusia 22 tahun yang berasal dari Bettiah, India itu telah digegaskan ke Hopital Kolej Perubatan Patna dalam kesakitan teruk dengan dubur yang berdarah pada 4 Oktober lalu.
Dia mengalami sakit perut yang teruk kerana cawan berdiameter 7cm itu telah menghalang pergerakan ususnya, menurut media tempatan.
Doktor Indra Shekhar Kumar yang mengetuai pembedahan itu berkata prosedur tersebut berisiko namun sepasukan 11 orang doktor telah berjaya mengeluarkan cawan itu dengan selamat.
Kumar diberi kolostomi apabila sebahagian daripada ususnya dipotong dan beg stoma juga dipasang untuk membolehkan lukanya sembuh.
Doktor berhasrat untuk membukanya pada minggu hadapan dan akan membalikkan kolostominya pada bulan Januari tahun depan.
Lelaki itu mendakwa bahawa dia sedang mabuk apabila cawan tersebut dimasukkan ke dalam duburnya dan dia juga tidak ingat apa yang sebenarnya sudah berlaku.
Dr Kumar Vaibhav Sharma, seorang daripada 11 doktor yang terlibat dalam prosedur itu berkata kepada Hindustan Times bahawa cawan besi itu dimasukkan melalui dubur pesakit.
“Ini adalah kes yang sangat jarang berlaku, kebanyakannya sering berlaku kepada pesakit psikiatri atau mereka yang sedang mabuk.
“Pakar bedah kami mengeluarkan cawan besi itu selepas melakukan pembedahan di perut pesakit pada jam 4 pagi, beberapa jam selepas dia dimasukkan ke hospital,” kata Dr Kumar.
Terdahulu kejadian serupa juga berlaku pada Ogos lalu di mana seorang lelaki berjaya jalani proses pengeluaran cawan dari perutnya selepas 10 hari cawan itu dimasukkan dalam gurauan sewaktu sedang mabuk.
Mendorong objek yang besar ke dalam dubur boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti sembelit dan menyebabkan buasir dan inkontinens. Ia juga boleh menyebabkan dubur terkoyak, rektum dan usus. Seterusnya boleh menyebabkan jangkitan kuman dan sepsis.
Jika mahu mengeluarkan objek itu semula, kebiasaannya pembedahan perlu dilakukan dengan cara pemotongan usus.
Sumber: Daily Mail