Pelancaran Roket Epsilon-6 Milik Jepun Gagal, Alami Masalah Ketika Menujah Naik
Agensi angkasa Jepun menyatakan bahawa percubaan melancarkan sebuah roket bernama Epsilon-6 ke ruang angkasa gagal pada pagi Rabu semalam.
Memetik laporan NHK News, Agensi Penjelajahan Aeroangkasa Jepun (JAXA) cuba untuk melancarkan roket tersebut 30 meter dari Pusat Angkasa Uchinoura di Kagoshima, Jepun sekitar pukul 9.50 pagi.
JAXA berkata roket Epsilon-6 itu menghadapi masalah ketika ia sedang menujah naik.
Selepas memastikan bahawa roket tersebut tidak dapat diterbangkan dengan selamat, mereka menghantar arahan untuk memusnahkan roket itu.
Roket Epsilon-6 membawa beberapa jenis satelit termasuk dua satelit yang bertujuan untuk kegunaan komersial oleh sebuah syarikat dari bandar Fukuoka.
Ia merupakan roket siri Epsilon yang pertama membawa satelit untuk kegunaan komersial.
Kegagalan pelancaran roket itu adalah kegagalan pertama untuk roket Epsilon, yang diperkenalkan oleh agensi angkasa lepas sebagai pelancaran roket kos rendah.
Sumber: NHK News