Saintis Temui Virus Baharu Serupa Covid-19 Kebal Vaksin Dalam Kelawar Di Rusia
Saintis menggesa agar usaha segera dalam pembangunan vaksin dilakukan secara segera selepas sejenis koronavirus baru dilaporkan ditemui dalam kelawar di Rusia, lapor Science Alert.
Saintis memberi amaran bahawa wabak baharu itu mungkin dicetuskan oleh haiwan yang membawa maut kemudian disebarkan kepada manusia.
Sama seperti SARS-CoV-2, virus ini ditemui dalam kelawar dan dikenali sebagai Khosta-2 yang diliputi dengan protein spike dan boleh menjangkiti sel manusia.
Lebih bermasalah ialah ketahanannya yang jelas terhadap antibodi monoklonal dan serum yang disebabkan oleh penerima vaksin COVID-19.
Dalam erti kata lain, jangkitan yang menyebabkan masalah pernafasan ini tidak dapat dineutralkan oleh ubat-ubatan semasa. Malah antibodi yang dibangunkan daripada varian Omicron juga tidak berkesan terhadap virus dari kelawar ini.
Pada hakikatnya, kedua-dua patogen tergolong dalam kumpulan koronavirus pernafasan akut yang sama, atau dikenali sebagai sarbecovirus.
“Secara kritis, penemuan kami menyerlahkan keperluan mendesak untuk meneruskan pembangunan vaksin sarbercovirus yang baru,” tulis sebuah kajian di PLoS Pathogens.
Penyelidik di Rusia mula menjumpai Khosta-2 bersama-sama dengan virus kelawar lain Khosta-1, kedua-dua patogen ini tidak kelihatan berbahaya.
Kedua-duanya tidak berkait rapat dengan SARS-CoV-2 malah mereka berasal dari keluarga yang berbeza dan tidak mempunyai gen yang mampu untuk menentang sistem imun manusia.
Walau bagaimanapun, apabila diteliti lebih dekat, pakar telah mengenal pasti beberapa ciri yang membimbangkan dalam Khosta-2.
Kajian di makmal menunjukkan patogen kelawar ini dapat menggunakan reseptor enzim penukar angiotensin 2 (ACE2) pada sel hati manusia untuk menjangkiti tisu dengan cara sama seperti SARS-CoV-2.
Domain pengikat reseptor pada protein spikenya juga menunjukkan rintangan sepenuhnya terhadap antibodi monoklanal yang dicetuskan oleh vaksin COVID-19.
“Secara genetiknya, virus di Rusia yang pelik ini kelihatan seperti beberapa yang pernah ditemui di tempat lain seluruh dunia, tetapi kerana ia tidak kelihatan seperti SARS-CoV-2. Jadi tiada siapa menyangka bahawa ia benar-benar sesuatu yang terlalu teruja,” jelas Michale Letko dari Washington State University seorang ahli virologi.
“Tetapi selepas kami meneliti lebih lanjut, kami benar-benar terkejut apabila mendapati virus ini boleh menjangkiti sel manusia. Itu telah mengubah sedikit pemahaman kami tentang virus itu. Dari mana ia datang dan kawasan yang akan terkesan,” kata beliau lagi.
Khosta-2 ditemui di Taman Negara Sochi Rusia di kalangan kelawar ladam kuda (Rhinolophus hipposideros), yang merupakan spesies boleh ditemui di Eropah dan Afrika Utara.
Masih belum jelas sama ada virus yang menjangkiti kelawar ini boleh merebak kepada manusia, tetapi penemuan awal dalam makmal menunjukkan ianya berkemungkinan boleh berlaku.
Jika virus Khosta-2 menjangkiti hos dengan koronavirus lain, kemungkinan kedua-dua virus itu boleh bergabung menjadi varian yang baharu.
“Pada masa ini, terdapat kumpulan yang sedang menghasilkan vaksin bukan sahaja melindungi daripada varian SARS-2 seterusnya tetapi juga melindungi kita daripada sarbecovirus secara umum,” kata Letko lagi.
Sumber: Science Alert