Siakap Keli
Tayar Tercabut Ketika Berlepas Dari Landasan
Kredit AEROIN/Twitter

Pesawat Boeing Berdepan Detik Cemas, Tayar Tercabut Ketika Berlepas Dari Landasan

Pesawat Boeing Berdepan Detik Cemas, Tayar Tercabut Ketika Berlepas Dari Landasan

Sebuah pesawat jenis Boeing berdepan detik cemas apabila tayarnya yang seberat 100 kilogram tercabut beberapa saat selepas berlepas dari landasan, lapor Daily Mail.

Tayar itu telah tercabut dari pesawat Dreamlifter dan telah terjatuh ke tanah dengan kesan asap dalam kejadian di lapangan terbang Taranto, Itali.

Kredit AEROIN/Twitter

Selepas tayar itu mencecah tanah, rakaman video menunjukkan tayar yang berdiameter 4 kaki itu dilihat bergolek di atas landasan sebelum pesawat itu meneruskan penerbangannya ke Charleston, Carolina Selatan.

Bahagian yang hilang dari gear pendaratan utama pesawat itu kemudian ditemui di ladang berhampiran di luar kawasan lapangan terbang.

Walaupun mengalami kerosakan, pesawat itu dilaporkan telah selamat mendarat di destinasinya.

Kredit AEROIN/Twitter

“Sebuah kapal terbang kargo Dreamlifter yang dikendalikan oleh Atlas Air mendarat dengan selamat awal hari ini di Lapangan Antarabangsa Charleston, selepas kehilangan roda dari gear pendaratannya semasa berlepas dari Lapangan Terbang Taranto-Grottagile di Itali pagi tadi,” lapor Boeing kepada Simple Flying.

“Kami akan beri sepenuh kerjasama dalam siasatan pengendali kami,” kata Boeing lagi.

Pesawat itu difahamkan membawa pesawat penumpang Boeing 787, menurut berita Itali Corriere della Sera.

Dreamlifter 747-400 yang bersaiz besar direka untuk mengangkut bahagian kenderaan dari Itali, Jepun dan Amerika Syarikat. Pesawat itu juga digunakan untuk menerbangkan bekalan perubatan semasa wabak Covid-19 lalu.

Penyiasat dari Agensi Kebangsaan untuk Keselamatan Penerbangan (ANSV) sedang menyiasat kemalangan itu dan akan memutuskan sama ada untuk membuka siasatan rasmi.

Pesawat kargo itu mempunyai fiuslaj 28 kaki yang diperbesarkan untuk membawa barangan besar dan penerbangan sulungnya adalah pada tahun 2006.

Sumber: Daily Mail

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.