Siakap Keli
pesawat turkish airlines buat pendaratan kecemasan
Gambar: DIP

Pesawat Turkish Airlines Terpaksa Buat Pendaratan Kecemasan, Penumpang Mabuk Bikin Onar

Pesawat Turkish Airlines Terpaksa Buat Pendaratan Kecemasan, Penumpang Mabuk Bikin Onar

Sebuah pesawat Boeing 777 Turkish Airlines dengan nombor penerbangan TK56 dari Istanbul ke Jakarta dilaporkan terpaksa melakukan pendaratan kecemasan ke Lapangan Terbang Kualanamu, Medan, Indonesia semalam.

Memetik laporan CNN Indonesia, juruterbang memutuskan untuk melakukan pendaratan cemas selepas seorang penumpang yang mengamuk dan bertindak untuk menyerang anak kapal.

Ketua Polis Lapangan Terbang Soekarno, Hatta Sigit Dani Setiyono berkata, “malam tadi ada laporan dari Kualanamu bahawa ada penumpang yang diturunkan ekoran mencetuskan kekecohan di dalam pesawat dan menyerang kru kapal”.

Gambar: Twitter kabarpenumpang

Tindakan penumpang tersebut dianggap mengganggu ketenteraman dan keselamatan penumpang lain serta penerbangan.

Kekecohan itu kemudiannya kembali reda apabila penumpang lain menenangkan penumpang tersebut dan diturunkan di Lapangan Terbang Kualanamu.

Kata Sigit lagi, kru kapal yang diserang masih dirawat oleh Pejabat Kesihatan Pelabuhan (KKP) Lapangan Terbang Kualanamu.

“Ketika ini masih di rawat di KKP dan diawasi oleh polis tempatan”, kata Sigit.

Punca insiden tersebut dilaporkan berlaku apabila penumpang warga Indonesia itu berada dalam keadaan mabuk dan tidak menerima teguran daripada kru kapal, lapor kabarpenumpang.

Video insiden seorang penumpang mengamuk dan menyerang kru kapal Turkish Airlines ini tular di media sosial sejak kelmarin.

Dalam video tersebut, jelas menunjukkan bagaimana penumpang itu sedang mengamuk dan menyerang kru Turkish Airlines.

Menurut laporan FlightRadar24, pesawat tersebut dijadualkan tiba di Jakarta pada Selasa, 11 Oktober 2022, jam 5.00 pm WIB.

Setakat ini, masih belum ada kenyataan rasmi dari Turkish Airlines berkaitan insiden ini.

Sumber: CNN Indonesia

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.