Siakap Keli
Lahirkan Kembar Siam Miliki 4 Kaki 2 Kepala & Dada Bercantum
Kredit Mirror UK

Wanita Di India Selamat Lahirkan Kembar Siam Miliki 4 Kaki 2 Kepala & Dada Bercantum

Wanita Di India Selamat Lahirkan Kembar Siam Miliki 4 Kaki 2 Kepala & Dada Bercantum

Seorang wanita di India selamat melahirkan kembar siam yang mempunyai empat tangan, empat kaki dan dua kepala, namun kesemuanya melekat pada satu badan yang sama, lapor Mirror UK.

Dipercayai ibu pasangan kembar itu, Jitendra Nayak 23, dikejarkan ke hospital pada 6 Oktober lalu selepas mengalami kesakitan dan seterusnya terus dihantar ke bahagian kecemasan untuk proses kelahiran.

Menurut Mirror, prosedur sonografi yang pernah dilakukan terhadap wanita itu sebelum dia bersalin mendapati keabnormalan ke atas bayinya dan doktor masih terkejut melihat keadaan kembar itu.

Dalam sebuah klip video, kedua-dua bayi itu yang sedang tidur dapat dilihat mengalami kesukaran untuk bernafas kerana dada mereka bergerak keluar dan masuk pada kelajuan yang berbeza.

Semasa badan mereka bercantum, kedua-dua kepala mereka dilihat sedikit condong ke belakang kerana untuk mengelakkan pertembungan antara satu sama lain.

Kredit Mirror UK

Menurut laporan, kembar itu dilahirkan di sebuah hospital swasta yang terletak di Merta, Nagaur, India. Sepasukan doktor telah memutuskan untuk melakukan pembedahan bagi mengeluarkan kembar tersebut.

Dr Priyanka Inanina dan Dr Manish Kumar Saini, yang merupakan pakar sakit puan, bersama Dr SP Sharma, pakar bedah am di Hospital Ram merupakan doktor yang bertanggungjawab melakukan prosedur pembedahan itu.

Semasa kembar itu dilahirkan, doktor menemukan mereka dengan dua kepala, empat tangan dan empat kaki. Dada kembar itu juga melekat antara satu sama lain.

Kredit Mirror UK

Dipercayai, kedua-dua bayi itu sihat tetapi doktor memberitahu bahawa kes yang jarang berlaku seperti itu kebiasaannya mempunyai kadar kelangsungan hidup yang rendah.

Kini kembar itu dilaporkan telah dirujuk ke hospital Jodhpur AIIMS (All India Institute Science) untuk rawatan dan nasihat. Pasukan pakar akan menjalankan pelbagai jenis ujian termasuk imbasan MRI dan CT kepada kembar itu.

Selepas kesemua ujian itu dijalankan, mereka akan menentukan sama ada badan kembar itu boleh dipisahkan melalui pembedahan atau tidak.

Hospital Jodhpur adalah salah satu daripada beberapa hospital yang mempunyai kemudahan perubatan baharu yang ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga India. Tujuannya adalah untuk memberi rawatan kesihatan terbaik kepada rakyat serantau di India.

Memandangkan tahap kemiskinan kronik di India, pegawai yang terlibat berhasrat untuk menyediakan akses kepada golongan yang kurang kemampuan dalam penjagaan perubatan yang lebih baik.

Sumber: Mirror UK

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.