Siakap Keli
Gambar: Deccan Herald

Warga Emas Maut Dibelasah Pemuda Ketika Sedang Tunai Solat Di Masjid

Warga Emas Maut Dibelasah Pemuda Ketika Sedang Tunai Solat Di Masjid

Seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun di Desa Hutapadang, Sumatera Utara, Indonesia dilapor maut selepas diserang seorang pemuda ketika sedang solat asar di Masjid, lapor Kompas.com.

Kejadian berlaku pada Sabtu 8 Oktober lalu di Masjid Al-Mukhlisin, Desa Hutapadang.

Ketua Polis Daerah Mandailing Natal, AKBP Muhammad Reza berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang merupakan seorang petani itu sedang menunaikan solat Asar di masjid berkenaan.

Suspek dilaporkan secara tiba-tiba masuk ke masjid dan terus meluru ke arah mangsa sebelum menumbuk, memijak dan menendang muka mangsa sehingga pengsan.

“Suspek melakukan kekerasan dengan menumbuk muka dan badan mangsa berulang kali menggunakan tangan,” kata Ketua Polis Daerah Madinah, AKBP Reza pada Selasa lalu.

Selain memukul, suspek juga memijak badan mangsa berulang kali. Akibat dipukul secara berkali-kali itu, mangsa mengalami kecederaan parah di badan sehingga tidak sedarkan diri.

“Mangsa mengalami kesan lebam di dahi kiri, hidung berdarah, lebam di lengan kiri dan sebatang gigi mangsa tercabut,” kata Reza lagi.

Penduduk yang melihat kejadian itu cuba membantu mangsa dan kemudian bertindak membawa mangsa ke Pusat Kesihatan Masyarakat.

Bagaimanapun, sebaik tiba di pusat kesihatan tersebut, mangsa disahkan telah meninggal dunia.

Polis yang menerima laporan berkenaan insiden itu berjaya menahan suspek dan kini suspek masih disoal siasat.

Punca kejadian masih lagi belum diketahui dan soal siasat ke atas suspek masih dijalankan.

“Anggota Polis Kotanopan segera ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap suspek. Motif kejadian masih disiasat,” sambung Reza lagi.

Sumber: Kompas.com

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.