Siakap Keli
Gambar: Faktual.id

Jokowi Bimbang Keadaan Ekonomi Dunia, Dedah 28 Negara Sedang ‘Beratur’ Buat Pinjaman Dengan IMF

Jokowi Bimbang Keadaan Ekonomi Dunia, Dedah 28 Negara Sedang ‘Beratur’ Buat Pinjaman Dengan IMF

Presiden Indonesia, Joko Widodo mendedahkan bahawa sebanyak 28 negara sudah mula ‘beratur’ untuk membuat pinjaman dana kewangan daripada International Monetary Fund (IMF), lapor Kompas.com.

Menurut Jokowi, keadaan ini adalah kesan daripada keadaan ekonomi global yang semakin tidak menentu.

“Pagi ini saya mendapat maklumat dari pertemuan di Washington DC bahawa 28 negara sedang menunggu giliran untuk membuat pinjaman dana di IMF,” kata Jokowi ketika membuka Sidang Kemuncak Investor Daily 2022 yang disiarkan secara atas talian pada Selasa.

Jokowi kemudian menjelaskan bahawa semua negara di dunia kini sedang menghampiri inflasi.

Ditambah dengan kesan kepada perubahan iklim dan keadaan geopolitik yang memburukkan lagi krisis ekonomi dan tenaga.

Menurut Jokowi, dengan situasi yang melanda dunia pada ketika ini, mana-mana negara di dunia tidak akan terlepas dari terkena tempias daripada kemelesetan ekonomi ini.

“Jika tidak berhati-hati dan tidak waspada, baik dalam pengurusan monetari mahupun pengurusan fiskal, terutama sekali ketika perang antara Rusia-Ukraine yang sedang terjadi, kita tahu, pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2023 dianggarkan sebanyak 3%, namun kini pengiraan terbaru dianggarkan jumlah itu menurun kepada 2.2%,” jelas Jokowi.

“Inilah yang sering dikatakan membayar harga sesebuah peperangan. Harganya sangat mahal, tetapi dengan ketidaktentuan yang saya katakan tadi kita harus kekal optimis,” kata Jokowi lagi.

Jokowi mendedahkan pertumbuhan ekonomi Indonesia pada suku kedua tahun 2022 adalah 5.44%.

Beliau berkata pertumbuhan itu adalah antara yang terbaik di dunia. Sementara itu, sambung Jokowi, inflasi di Indonesia masih terkawal selepas kenaikan harga minyak bahan bakar bersubsidi (BBM) suatu ketika dahulu. Inflasi semasa masih di bawah paras 5.9%.

“Kami juga bersyukur kerana jika dibangdingkan dengan negara lain, ketika ini negara Argentina mempunyai inflasi 83.5% dengan kenaikan kadar faedah sudah 3,700 mata asas.

“Kita mempunyai inflasi pada 5.9% dengan perubahan kadar faedah pada 75 mata asas,”jelas Jokowi lagi.

Merujuk kepada keadaan tersebut, Jokowi berkata keadaan kewangan Indonesia masih dalam kedudukan terkawal.

Keadaan ini turut disokong dengan aktiviti harian antara Bank Indonesia sebagai bank pusat dan Kementerian Kewangan yang sentiasa berjalan seiring dan tidak bertindih.

“Ini yang saya lihat sebagai komunikasi baik supaya fiskal dan monetari dapat berjalan bersama,” akhiri ucapan Jokowi.

Sumber: Kompas.com

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.