Siakap Keli
Honda Terbabas "Parking" Atas Mercedes
Gambar: SupercarBlondie

Padah Cuba Potong Tapi Tak Lepas, Kereta Honda Terbabas “Parking” Atas Mercedes

Padah Cuba Potong Tapi Tak Lepas, Kereta Honda Terbabas “Parking” Atas Mercedes

Sebuah kenderaan jenis Honda Civic dilaporkan tersangkut di atas sebuah kereta Mercedes dalam kejadian di Sydney, Australia.

Memetik laporan SupercarBlondie, dalam video yang kini tular, Honda Civic tersebut dilihat tersangkut di atas kereta mewah itu di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah

Video yang dimuat naik oleh Joanne Gadallah berdurasi 29 saat itu tular di media sosial Tiktok.

Dalam video tersebut, suara wanita sedang menangis jelas didengari sementara beberapa orang yang lain cuba memahami apa yang baru berlaku.

“Ada orang di dalam kereta itu, adakah dia ok?… jangan hampiri kereta,” kata wanita disebalik rakaman itu.

Gadallah kemudiannya cuba menjelaskan bahawa pemandu itu “berlari-lari sambil menjerit dan menangis” manakala orang lain cuba untuk menenangkannya.

Gambar: TikTok joannegadallah4

Seorang pengguna TikTok bernama KelzKitch mendakwa pemandu Honda Civic itu cuba memotongnya sebelum melanggar pintu berpalang (boom gate) dan melanggar kereta Mercedes, lapor SupercarBlondie.

“Pemandu kereta Honda Civic itu cuba memotong saya tetapi tidak berjaya,” ujarnya.

“Kami berdua sedang menuju ke pintu berpalang dan dia cuba lagi untuk memotong saya.

“Lihatlah apa yang berlaku kepada keretanya. Terbang melepasi pintu berpalang dan melambung ke atas kereta Mercedes itu.

“Dia tidak mengalami apa-apa kecederaan,” komennya dalam video itu.

Perkhidmatan kecemasan mendapat panggilan untuk ke tempat insiden itu pada pagi Khamis lalu. Namun begitu, pemandu tersebut berjaya melarikan diri tanpa sebarang kecederaan.

Selain itu juga, komen-komen dari warganet mengenai insiden ini menarik perhatian ramai pengguna di Tiktok.

Ada yang mempersoalkan bagaimana kereta tersebut berada di atas Mercedes itu, dengan berkata ” Sejujurnya saya tidak faham bagaimana ia boleh berlaku”.

Dalam insiden itu, difahamkan bahawa beberapa anggota paramedik merawat seorang lelaki berumur 50-an yang mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital.

Sumber: SupercarBlondie

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.