Siakap Keli
buang tumor sambil ahli muzik bermain Seksofon
Gambar: Italy 24

Pembedahan Buang Tumor Sambil Ahli Muzik Bermain Seksofon

Pembedahan buang tumor sambil ahli muzik bermain Seksofon

ROM, 13 Okt (Bernama) — Seorang pemain muzik Itali berusia 35 tahun menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di otaknya sambil meniup seksofon, di sebuah klinik di Rom pada Khamis, lapor agensi berita Itali (ANSA) pada Khamis.

Pembedahan di Paideia International Hospital itu diketuai pakar bedah otak, Christian Brogna, pakar dalam bidang pembedahan dalam keadaan sedar yang melakukan pembedahan serupa ke atas seorang pesakit yang bemain violin di London beberapa tahun lepas, menurut laporan itu.

Ahli muzik berkenaan terus bermain muziknya sepanjang pembedahan yang mengambil sembilan jam pada Isnin, katanya.

Pesakit itu dibenarkan pulang pada pagi Khamis.

“Ia merupakan pembedahan yang sangat sukar ke atas pesakit muda itu, dengan ketumbuhan di kawasan otak yang sangat kompleks, yang pada satu masa dikelaskan sebagai tidak boleh dibedah,” kata Brogna kepada ANSA.

Beliau berkata prosedur itu menjadi lebih kompleks kerana pemuzik itu kidal.

Sumber: BERNAMA

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.