Pemilik Syarikat Pakar Cegah Pecah Masuk Rumah Dipenjara, Bersalah ‘Pecah’ Rumah Orang Lebih 11 Kali
Seorang lelaki dipercayai pemilik syarikat yang menawarkan khidmat konsultasi berkaitan hal-hal kecurian dan pecah masuk rumah kepada orang awam untuk melindungi rumah mereka akhirnya dipenjara.
Tertuduh yang merupakan warga United Kingdom telah menubuhkan syarikat yang diberi nama Pencegahan Kecurian Sam pada tahun 2019 telah dihukum penjara atas kesalahan yang sama. .
Difahamkan, dia yang merupakan bekas ‘perompak’ yang pernah terlibat dengan jenayah pecah masuk rumah orang dan merompak barangan berharga itu berkata telah meninggalkan zaman tersebut pada ketika itu.
Walau bagaimanapun, tabiat buruk tersebut sememangnya tidak pernah berubah apabila dia sekali lagi dilaporkan melakukan 11 jenayah pecah rumah pada April 2022 dan mengaku bersalah. Kini, dia dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan lima bulan.
Menurut laporan, dia telah melakukan jenayah tersebut selama tujuh bulan bermula pada September 2021 hingga Mac 2022.
Sebelum ini, dia telah melakukan perkhidmatan konsultasi berkaitan hal-hal pecah masuk rumah dan merompak telah mengenakan caj sebanyak RM100 bagi setiap satu jam untuk memberikan petua-petua penting.
Disebabkan mempunyai kepakaran dalam ‘bidang’ tersebut, dia akhirnya mengambil keputusan untuk berubah dan menggunakan kepakaran tersebut ke arah kebaikan kepada masyarakat.
Memetik India Times, antara nasihat yang diberikan termasuk menyarankan pemilik rumah menggunakan dua bolt pintu, meletakkan access kad ke dalam ketuhar gelombang mikro serta memasang sistem penggera yang khusus.
“Orang akan percaya hal ini sebab saya pernah lakukan jenayah ini untuk hidup satu ketika dulu. Saya menawarkan ketenangan kepada fikiran mereka.
“Setakat ini, saya telah menerima empat atau lima pelanggan yang dua daripada mereka telah dirompak dan salah seorang dari mereka mempunyai barang berharga yang disimpan sebagai koleksi,” jelasnya pada ketika itu, lapor India Times.
Tanpa sedar, dia rupa-rupanya mengambil kesempatan ke atas pelanggan-pelanggannya selepas mendapat maklumat berkaitan selok-belok rumah mereka. Laporan akhir mengatakan dia telah mencuri barang kemas dengan nilai yang sangat tinggi di sebuah kediaman di Berkshire.
BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China
Sumber: India Times