Siakap Keli
Buaya Bersaiz 10 Kaki Sesat Dalam Parit
Gambar: Kosmo

Penduduk Gempar, Temui Buaya Bersaiz 10 Kaki Sesat Dalam Parit

Penduduk Gempar, Temui Buaya Bersaiz 10 Kaki Sesat Dalam Parit

Seekor buaya jantan bersaiz 10 kaki yang ditemui di sebuah parit taman permainan telah menggemparkan para penduduk di Taman Serambi, Kuching, Sarawak pagi tadi.

Memetik laporan Kosmo, Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya bernama Rahman Abg Deni berkata bahawa pihaknya mendapat laporan daripada Pusat Gerakan Operasi (PGO) untuk menangkap sang bedal itu.

Gambar: Kosmo

Seramai lapan orang anggota BBP Petra Jaya diarahkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan tersebut, katanya lagi.

“Bilik kawalan kami menerima panggilan terus ke balai kira-kira pukul 10.16 pagi tadi dan terus bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan penangkapan.

“Anggota kami bertindak mengikat mulut buaya berkenaan dengan menggunakan tali bagi mengelakkan sebarang risiko,” ujarnya seperti yang dilaporkan Kosmo.

Tambahnya lagi, haiwan reptilia ganas tersebut berjaya ditangkap oleh lapan anggotanya sebelum diserahkan kepada Sarawak Foresty Corporation (SFC).

Sumber: Kosmo

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.