Siakap Keli
Gambar: Suara.com

Mulai 17 Oktober, Shopee Kenakan Caj Pemprosesan 1.5% Untuk Perkhidmatan BPNL “SPayLater”

Mulai 17 Oktober, Shopee Kenakan Caj Pemprosesan 1.5% Untuk Perkhidmatan “SPayLater”

Rangkaian jualan atas talian Shopee mengumumkan bahawa caj pemprosesan sebanyak 1.5% daripada jumlah nilai pembelian menggunakan perkhidmatan Buy Now Pay Later (BNPL) akan dikenakan kepada pembeli bermula 17 Oktober ini.

Untuk pengetahuan pengguna, perkhidmatan BNPL sebelum ini ditawarkan secara percuma tanpa sebarang yuran pemprosesan bagi pembeli yang membuat pembayaran pada bulan seterusnya.

Perkhidmatan BNPL merupakan dibawah SPayLater, di mana pengguna boleh membeli barang di Shopee dan membayar harga barangan tersebut pada tempoh waktu tertentu. Sebagai contoh anda berhutang dengan syarikat jualan atas talian tersebut dan anda perlu membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan.

Tetapi bermula 17 Oktober ini nanti, semua pembelian dibawah BNPL akan dikenakan caj tambahan sebanyak 1.5% daripada jumlah keseluruhan pembelian barangan.

Perkhidmatan SPayLater adalah satu tawaran pembelian segera dengan pilihan bayaran kepada barang yang dibeli pada tempoh yang tertentu.

SPayLater dipecahkan kepada ansuran, nilai yuran pemprosesan 1.5% dikekalkan seperti biasa untuk setiap bulan.

Kredit Shopee

Shopee turut mengenakan denda bagi pembeli yang mempunyai tunggakan pembayaran iaitu akaun SpayLater pengguna tersebut akan dibekukan sementara sehingga semua tunggakan dijelaskan. Untuk mengaktifkan semula akaun tersebut, caj yuran lewat RM 10 juga akan dikenakan.

Diharap selepas kenaikan pengecasan ini, pengguna lebih bijak dalam menguruskan kewangan dan mengatur semula kaedah pembelanjaan anda di Shopee.

BACA: Arab Saudi Umum Derma RM 1.8 Bilion Bantuan Kemanusian Untuk Ukraine

Sumber: Shopee

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka