Siapa sangka rupa-rupanya cara orang zaman dulu jimatkan penggunaan kertas adalah dengan tulis dengan cara bersilang.
Dahulu ketika kos kertas dan pos terlalu mahal, ramai orang mencuba pelbagai teknik baharu dalam menyampaikan maklumat sebanyak mungkin pada kertas seminimun jumlah yang boleh.
Kita biasanya mendapat keistimewaaan untuk hidup dalam zaman ketika kertas, bekalan menulis dan bayaran pos secara amnya berpatutan sehingga kebanyakannya mengambil ‘kesempatan’ dalam penulisan.
Tetapi perkara itu tidak selalunya indah.
Pada era Perang Saudara sehingga tahun 1900-an, kertas yang ditulis surat dan caj pos adalah terlalu mahal sehingga orang ramai terpaksa menulis pada sehelai kertas dalam pelbagai arah untuk menjimatkan wang.
Justeru, muncullah teknik baharu yang dipanggil penulisan silang atau penetasan silang. Walaupun dilihat seperti tidak boleh dibaca, namun pada zaman tersebut semua orang sudah terbiasa dan boleh membaca setiap perkataan dengan begitu mudah.

Huruf bersilang asasnya bermula sebagai perkara biasa, hanya apabila penulis telah mencecah bahagian bawah halaman, mereka bukannya menulis pada lembaran baharu tetapi masih menulis pada halaman yang sama. Malah, gaya penulisannya berubah iaitu menulis di sisi dan di atas tulisan itu sendiri.

Kemahiran menulis silang adalah ia boleh ditulis bukan sahaja pada sudut yang betul misalnya menulis secara menegak atau dalam keadaan biasa tetapi juga boleh dilakukan secara menyilang.
Huruf bersilang ini lebih bersifat seperti ‘puzzles’ yang perlu diselesaikan. Menurut pakar, amalan itu sangat biasa pada tahun 1800-an sehingga sesiapa yang boleh membaca akan dapat membaca surat jenis ini.
Hal ini membuktikan bahawa mata mereka sudah terbiasa dengan sistem tulisan tersebut sehingga mengabaikan latar belakang teks dan hanya berfokus kepada perkataan yang ditulis dalam arah tertentu.

Pada zaman tersebut, penulisan bersilang ini tersebar digunakan secara meluas. Malah, penulis dan sarjana terkenal seperti Henry James, Jane Austen dan Charles Darwin juga menggunakannya untuk menjimatkan kertas dan wang.
Justeru, kita boleh dikatakan bernasib baik kerana hidup pada zaman yang tidak menggunakan teknik ini lagi tetapi tidak dinafikan ia mempunyai daya tarikan yang tersendiri.
Sumber: Odditycentral