Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan e-sport Team Haq kerana telah menjuarai Mobile Legends Professional League Malaysia (MPL MY) musim ke-10.
Dengan kejuaraan ini, Team Haq akan mewakili Malaysia bersama pasukan Todak ke M4 World Champion Mobile Legends yang akan berlangsung di Jakarta Indonesia 2023.
“Kejayaan seperti ini bukti negera kita mempunyai bakat-bakat muda yang perlu disokong dan digilap untuk mengharumkan nama Malaysia di persada dunia,” menurutnya melalui perkongsian di laman Twitter.
Malah bagi beliau, kejayaan ini membuktikan bahawa bakat-bakat anak muda dalam e-sport semakin hebat.
“Semoga pertandingan di peringkat dunia akan menyerlahkan lagi bakat mereka.
“Malaysia Boleh,” tulisnya di laman Twitter.
Tahniah diucapkan kepada pasukan Team Haq ESport Club yang menjuarai Mobile Legends Professional League Malaysia (MPL MY) Season 10. pic.twitter.com/4BST9J0cYF
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) October 16, 2022
Sumber: Ismail Sabri | Twitter