Jakarta – Mayat kanak-kanak lelaki tanpa identiti ditemui dalam keadaan terapung di sungai Kali Ciliwung di kawasan Kampung Pulo, Kelurahan Kampung Melayu, Kecamatan Jatinegara, Jakarta Timur baru-baru ini.
“Kira-kira pukul 5 petang, ada penduduk menjerit yang menjumpai mayat.
“Apabila saya mendekati kawasan kejadian, saya lantas menariknya ke pinggir sungai,” kata Addinar di Jatinegara, Jakarta Timur.
Menurut Tribun, mangsa disyaki baru meninggal kerana badannya tidak terlalu reput dan dilaporkan mangsa hanya memakai seluar dalam berwarna hitam.
Selepas pemeriksaan awal dilakukan oleh polis Jatinegara, mayat mangsa dibawa ke Hospital Cipto Mangunkusumo (RSCM), Jakarta Pusat untuk tujuan pengecaman.
“Saya tidak tahu berapa umurnya tetapi yang pasti dia masih kanak-kanak. Mungkin antara sekolah rendah atau menengah.
“Mayatnya dibawa arus dan hanyut di Sungai Ciliwung dari kawasan Bukit Duri (Jakarta Selatan) ke sini,” kata Addinar.
Segelintir penduduk yang merasakan kehilangan ahli keuarga yang seusia kanak-kanak telah bertanya tentang identiti mangsa kepada anggota Polis Jatinegara yang mengendalikan kes itu.
Walau bagaimanapun, kerana belum pasti mangsa adalah ahli keluarganya, anggota polis telah meminta mereka untuk datang ke Ibu Pejabat Polis Jatinegara untuk tujuan pengecaman.
Pemantauan di lokasi kejadian, mayat dibawa menggunakan van jenazah Badan Amil Zakat Nasional (Baznas) Bazis Provinsi DKI Jakarta ke RSCM kira-kira pukul 6.17 petang.
Baca juga: Cuma Pakai Celana Dalam Hitam, Jasad Bocah Laki-laki Ditemukan di Kali Ciliwung
Sumber: Tribunnews.com