Memang tidak dinafikan bau badan ‘kuat’ menyebabkan kita tidak selesa dan kurang keyakinan untuk berjumpa atau berhadapan dengan orang lain ketika bekerja, belajar atau bersukan. Perkara ini menjadi sinomin dalam masyarakat kerana setiap orang mempunyai bau badan yang berbeza apatah lagi jika seseorang itu cepat berpeluh.
Malah dengan bau badan yang ‘kuat’, pergaulan kita dengan orang lain juga akan terhad. Misalnya, seseorang yang cepat berpeluh pasti akan mengelakkan diri daripada terlibat dalam aktiviti berat yang mampu mengeluarkan peluh dengan banyak.

Oleh itu, penggunaan perfume sedikit sebanyak dipercayai mampu mengurangkan bau yang tidak menyenangkan dari badan kita.
Namun, masalah lain juga dihadapi jika perfume yang digunakan tidak tahan lama. Sembur pada waktu pagi, dalam dua tau tiga jam, bau badan akan kembali menguasai deria bau kita.
Siapa yang tidak tertekan jika menghadapi masalah ini? Kita menginginkan badan sentiasa dalam keadaan wangi sepanjang masa namun perkara sebaliknya berlaku.
Anda tidak berkeseorangan jika anda mengahadapi masalah di atas. Ramai lagi orang masih menghadapi masalah yang sama, malah ada yang sanggup untuk menyembur perfume setiap jam bagi mengekalkan bau badannnya.
Tetapi, tahukan anda perfume juga mempunyai cara semburannya yang tersendiri?
Dalam video yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok Suhailfreescent berdurasi satu minit 25 saat, ia memperlihatkan cara semburan yang betul untuk memastikan kita sentiasa dalam keadaan wangi.
Terdapat 26 tempat pada anggota yang patut disembur bagi memastikan badan kita sentiasa wangi iaitu sekali semburan di belakang leher, dua kali di kiri dan kanan leher, 18 kali pada bahagian baju dan seluar kerana pada pendapatnya semburan pada baju akan meninggalkan bau yang lebih tahan lama berbanding semburan secara terus pada badan, seterusnya, dua kali di pergelangan tangan dan tiga kali pada bahagian belakang baju.
Baginya, cara semburan seperti ini akan memastikan kita sentiasa wangi dan mungkin menyebabkan kita mendapat “compliment” daripada orang lain.
Dalam perkongsian itu juga, Suhailfreescent turut menegaskan tiga perkara mengenai wangi. Baginya, yang pertama ‘more is more’. Yang kedua, apabila mengikuti cara semburan tersebut semua orang akan dapat menghidu bau kita tidak kira tinggi ataupun rendah, mereka akan dapat menghidunya dan yang terakhir ‘beli perfume untuk bau wangi, bukan untuk simpan’.
Jadi selepas ini tiada masalah untuk anda kekal wangi sepanjang hari dengan mengikuti cara semburan perfume dengan betul. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila tonton perkongsian oleh Suhailfreescent menerusi video TikTok di bawah.
@suhailfreescent Cara spray perfume dgn betul, Suhailfreescent style #suhailfreescent #emajie #perfumetiktok #perfume #szindoreemajie
Sumber: Suhailfreescent | Tiktok