Siakap Keli
Gambar: AFP

Kerja Amalnya Ditayangkan Di Skrin Besar, Sadio Mane Rendah Diri, “Saya Segan Bercakap Soalnya”

Sadio Mane telah dinobatkan sebgai penerima sulung Anugerah Socrates, France Football secara rasmi di atas kerja amal kepada negara asalnya, Senegal. 

Mane, 30 sering menjadi tajuk utama media berita kerana kelincahan ketika berada di atas padang dan usahanya telah membawa kepada perubahan yang amat besar. 

Memetik Bundesliga, penyerang Bayern Munich itu telah membina hospital awal dan membiayai sekolah serta keluarga di kampung halamannya di Bambali dalam beberapa tahun kebelakangan ini. 

Selain itu, dia turut menyumbang kepada Jawatankuasa Kebangsaan Senegal untuk membantu membendung wabak Covid-19. 

Memetik kenyataan dari majalah France Football di majlis Ballon d’Or 2022, anugerah Socrates tersebut bertujuan mengenal pasti inisiatif sosial terbaik oleh juara yang komited. 

Difahamkan, anugerah tersebut dinamakan sempena mendiang pemain bola sepak Socrates juga merupakan pengasas kepada gerakan Demokrasi Corinthians yang menentang kerajaan tentera Brazil yang memerintah pada tahun 1980. 

Dalam pada itu, Mane yang merupakan penerima anugerah Pemain Bola Sepak Afrika Terbaik Tahunan juga turut tercalon di Ballon d’Or. Dia telah mejaringkan 23 gol pada perlawanan musim lalu sebagai pemain dalam pasukan Liverpool. 

Dalam masa yang sama, dia juga turut membantu Senegal memenangi anugerah sulung Piala Negera-Negara Afrika dan telah berjaya menjaringkan sebanyak sembilan gol 16 perlawanan kompetitif untuk Bayern. 

“Saya sangat gembira menjadi tetamu pada malam ini walaupun sebenarnya saya merasa segan untuk bercakap soalnya (kerja-kerja amal yang dilakukan). Namun, saya tetap gembira dapat lakukan yang terbaik untuk orang-orang yang saya sayang dan menjadikan keadaan lebih baik dari sebelum ini,” jelasnya. 

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

Sumber: Bundesliga, Ballon d’Or (Twitter) 

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.